Categories: Resipi

Resipi Nasi Dagang Terengganu Lembut, Berlemak & Tak Cepat Basi, Memang Legend!

Jom cuba resepi nasi dagang yang cukup terkenal dari Terengganu. Hidangan istimewa ini biasanya dimakan pada waktu pagi, tapi sebenarnya sedap dinikmati bila-bila masa bersama gulai ikan tongkol pekat berempah.

Bagi orang Pantai Timur, nasi dagang bukan sekadar makanan, tapi ia adalah simbol tradisi. Setiap kali ada kenduri atau majlis besar, inilah antara menu wajib yang disajikan buat tetamu yang datang.

Kalau anda rindu nak makan nasi dagang ala Terengganu, boleh cuba resepi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Noorshahida Hassan ini di rumah. Hasilnya memang berbaloi, rasa sama macam makan di kedai!

Baca juga: Buat Sendiri Popia Satar Ikan Ori Terengganu, Ini Teknik Supaya Rangup Elok Selepas Digoreng

RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU

Resepi Gulai Ikan Tongkol (Aya)

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan tongkol sederhana besar – rebus semalaman lebih sedap (air rebusan jangan dibuang, akan digunakan dalam kuah)
  • 4–5 keping asam gelugur
  • 1 keping nisan/gula melaka
  • 3–4 sudu besar gula putih
  • Sedikit cuka
  • Garam secukup rasa
  • 2–3 labu bawang besar atau bawang merah*
  • 2–3 ulas bawang putih*
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 senduk cili kering kisar*
  • 4–5 sudu besar serbuk rempah gulai ikan Kelantan (jika tiada boleh guna serbuk kari ikan)
  • ½ kg santan pekat (masukkan separuh dahulu, tambah jika perlu)

Cara-cara:

  1. Rebus ikan dengan asam keping, garam, gula melaka, gula putih dan sedikit cuka.
  2. Pastikan air ikan cukup hingga menenggelamkan ikan. Air rebusan ini akan digunakan untuk kuah.
  3. Kisar bahan bertanda (*) hingga halus. Tumis bersama serbuk rempah gulai atau serbuk kari sehingga pecah minyak dan garing.
  4. Masukkan air rebusan ikan diikuti santan. Kacau dan biarkan hingga mendidih.
  5. Masak hingga kuah mencapai kepekatan yang diingini. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
  6. Rasa dahulu sebelum menambah garam atau gula kerana air rebusan ikan sudah mempunyai rasa.
  7. Renehkan kuah sekitar 30 minit supaya sebati. Bila kuah sudah naik minyak, masukkan ikan rebus. Masak sekejap sahaja supaya ikan tidak hancur.
  8. Taburkan cili padi merah dan hijau sebagai hiasan.

Resepi Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras wangi siam (rendam 4–5 jam, kemudian toskan)
  • ½ kg santan pekat
  • 6 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam
  • 2 labu bawang merah besar (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1–2 inci halia (dipotong memanjang)
  • 2 sudu besar halba

Cara-cara:

  1. Kukus beras kali pertama selama 20 minit. Jika beras masih keras, boleh renjiskan sedikit air dan teruskan mengukus. Gunakan garpu kayu untuk mengembangkan nasi, jangan kacau terlalu banyak supaya beras tidak hancur.
  2. Sementara itu, masak santan bersama gula dan garam sehingga mendidih. Tujuannya untuk pastikan nasi tahan lebih lama dan tidak cepat basi.
  3. Setelah beras separuh masak, pindahkan ke dalam bekas besar. Masukkan santan, halba, serta bahan hirisan. Gaul sebati.
  4. Biarkan nasi menyerap santan sekurang-kurangnya 1 jam (lebih lama, lebih baik). Ini penting supaya nasi betul-betul lemak dan tidak kering.
  5. Kukus semula nasi selama 5–10 minit sahaja. Bila sudah nampak wap keluar, tutup api dan angkat.
  6. Siap untuk dihidangkan bersama gulai ikan tongkol.

Tip tambahan:

Kalau suka lebih wangi, boleh tambah daun pandan masa mengukus nasi.
Untuk lauk tambahan, boleh hidangkan bersama acar timun atau telur rebus.

Sumber: Noorshahida Hassan

Baca juga: Resipi Sihat & Mudah, Mi Calong Terengganu Ini Sesuai Untuk Orang Diet & Berpantang

Wan N

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

1 hour ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

2 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

2 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

3 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

5 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

6 hours ago