resepi nasi beriani simple

Jemu asyik makan nasi beriani ayam atau daging? Kali ini jom cuba resepi nasi beriani simple menggunakan udang pula. Sekali sekala tukar selera tidak ada salahnya.

Bahan-bahan yang diperlukan cukup mudah dan ringkas untuk didapati. Cara memasaknya juga tidak berapa renyah untuk dicuba.

Mari kita ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Puan Nooryanis Al-Baraqwan di bawah. Sesuai dijadikan menu makan tengah hari atau makan malam.

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Hainan Homemade, Buat Sendiri Lagi Puas Hati & Cukup Rasa!

RESEPI NASI BERIANI SIMPLE GUNA UDANG

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras basmathi- rendam 30minit
  • 8 ekor udang
  • Kulit kayu manis,cengkih,bunga lawang,buah pelaga
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1/2 inci halia – dihiris
  • 1/2 cawan gajus
  • 3 sb rempah briyani dibancuh sedikit air
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb serbuk lada hitam
  • 3 sb jus lemon
  • 3 helai daun pandan disimpul
  • Garam
  • Gula
  • Minyak sapi
  • Apricot kering (kismis pun boleh)
  • Daun ketumbar

Bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Cara memasak:

1. Panaskan minyak sapi. Masukkan daun pandan. Tumis bawang-bawang yang dihiris, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga dan serai sehingga kekuningan.

2. Masukkan bahan kisar. Kacau sebati. Masukkan rempah briyani. Kacau lagi, sampai pecah minyak.

3. Masukkan udang dan kacau sebati. Apabila udang dah setengah masak, masukkan gajus, tomato, cili hijau, jus lemon dan lada hitam.

4. Kemudian masukkan susu dan air (bergantung sukatan beras). Biarkan sekejap, boleh masukkan beras. Masukkan garam gula atau serbuk perasa.

5. Kacau sebati, tutup periuk. Biar sampai nasi agak-agak hampir nak masak, masukkan apricot dan ketumbar. Tutup periuk. Biar nasi betul-betul masak, tutup api. Siap!

resepi nasi beriani simple

Kredit resipi dan gambar: Nooryanis Al-Baraqwan

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Paling Mudah Nak Buat, Sama Sedap Macam Di Kedai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN