Categories: Resipi

Resipi Nasi Beriani Ayam Tanam, Ada Petua Nasi Jadi Lembut & Gebu Elok!

Resepi nasi beriani ayam tanam ini sungguh lembut, gebu dan cukup rasa. Cara memasaknya pula agak berbeza kerana beras perlu direbus terlebih dahulu.

Beras yang direbus ini bukan sahaja menghasilkan nasi yang lembut, sekaligus dapat membuang kanji yang tidak elok untuk kesihatan.

Untuk mengetahui cara penyediaannya dengan lebih lanjut, mari ikuti resipi perkongsian oleh Encik Muliadi Ramli di bawah.

Baca juga: Cara Masak Nasi Kuning Terengganu, Resipi Lengkap Dengan Lauk Sampingan Lain

RESEPI NASI BERIANI AYAM TANAM

A. Bahan perapan ayam (1.5 kg)

– Halia 2 inci
– Bawang putih 5 ulas
– Tomato 1 biji

*Bahan di atas dikisar

– Yogurt 4 sb
– Rempah beriani 5 sb
– Garam masala 2 sb
– Serbuk cili 1 sb
– Lada hitam 1 sb
– Garam

B. Beras beriani

– Beras basmathi 1.2 kg

Beras direbus bersama daun bay/salam 3 helai, 4 sekawan, 1 sk lada hitam, 2 sb garam dan minyak masak 1 sb.

Cara merebus beras: Didihkan air dengan bahan-bahan tadi. Bila air betul-betul mendidih, masukkan beras dalam 5 ke 7 minit. Tutup api, toskan dan ketepikan beras.

C. Bahan tumisan

– Bawang holland 1 biji dimayang
Minyak sapi 3 sb
– Minyak masak 2 sb
– Rempah 4 sekawan
– Daun salam 3 helai

D. Bahan-bahan lain:

– Daun ketumbar 2 ikat
Susu cair 1/2 tin
– Biji gajus yang digoreng 2 genggam
– Kismis 1 kotak kecil
– Bawang goreng 2 cwn
– Kentang 2 biji (dipotong nipis dan digoreng tujuannya diletak dibahagian bawah sekali bila masak nasi nanti)
– Tomato 3 biji (1 biji untuk masak dengan ayam, 1 biji untuk nasi, 1 biji untuk buat salad)
– Telur 6 biji (direbus dan ditanam bersama ayam)
– Cili besar hijau / cili padi hijau
– Garam gula perasa secukup rasa
Daun pudina (tak letak pun tak apa)

Cara membuatnya:

1. Mula-mula tumis bawang holland, masukkan segala bahan tumis dan akar ketumbar. Biar sampai nasi naik bau.

2. Kemudian, masukkan ayam yang diperap tadi. Tutup periuk dalam 20 minit dan biarkan sehingga pecah minyak.

3. Selepas itu, masukkan 1 cawan bawang goreng, tomato, cili hijau, kismis, daun ketumbar, garam dan gula.

4. Apabila ayam sudah masak, ketepikan.

Cara membuat beriani:

1. Mula-mula ambil kuali, susun kentang yang digoreng tadi. Letak pada bahagian paling bawah.

2. Kemudian, letakkan nasi yang direbus tadi 1 lapisan. Kemudian, susun lauk ayam tadi 1 lapisan.

3. Lapisan ketiga, letakkan lagi nasi. Boleh taburkan juga bawang goreng dan daun ketumbar. Lapis lagi dengan ayam dan akhir sekali tutup dengan nasi.

4. Kemudian boleh letak pewarna kuning, susu cair dan sedikit minyak. Tutup kuali dan masak atas api kecil selama 15 hingga 20 minit.

5. Selepas itu, boleh tutup api dan biarkan lagi selama 1o minit. Kemudian, baru dibalik-balikkan nasi itu.

6. Siap untuk dihidangkan. Boleh makan dengan salad dan sambal cili jika suka. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Muliadi Ramli

Baca juga: Set Nasi Minyak Terengganu, Resipi Lengkap Dengan Aneka Lauk Sampingan Lain

Wan N

Recent Posts

Wanita Ini Kongsi Resipi Sandwich Telur Versinya, Bahan-Bahan Mudah Cari & Sangat Ringkas

Kalau sedang cari cara membuat sandwich telur yang mudah untuk bekal anak, resipi ini memang…

1 day ago

Setiap Negeri Ada Cerita, Ini Hidangan Ikonik Dan Resipi Ringkas Dari Seluruh Malaysia

Makanan ikonik Malaysia memang cukup pelbagai dan setiap negeri mempunyai hidangan tersendiri yang menjadi kebanggaan…

1 day ago

Resipi Puding Buah Koktail, Sejuk-Sejuk Masuk Mulut Memang Nikmat!

Puding buah koktail antara pencuci mulut yang mudah dibuat dan sedap dinikmati ketika sejuk. Teksturnya…

1 day ago

Resipi Ayam Masak Merah Santan, Tengok Kuahnya Yang Pekat Cantik Pun Dah Buat Terliur

Kalau mencari idea lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan, ayam masak merah santan ini boleh…

1 day ago

Tokey Kedai Makan Dedah Resipi Serbuk Perasa, Boleh Guna Untuk Pelbagai Jenis Masakan

Kalau selama ini tertanya-tanya apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan serbuk perasa yang sesuai untuk…

2 days ago

Cara Lembutkan Ayam Beku Dalam 10 Minit, Rupanya Guna 3 Bahan Ini Saja!

Cara lembutkan ayam beku ini boleh dicuba apabila ayam masih keras sedangkan masa untuk memasak…

2 days ago