Categories: Resipi

Resipi Nasi Ayam Gepuk Dengan Kangkung Crispy, Padu Macam Makan Dekat Kedai!

Ayam gepuk semakin mendapat tempat di hati pencinta makanan pedas kerana rasanya yang ringkas tetapi cukup menyengat. Menariknya, resepi nasi ayam gepuk ini sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan bahan yang rumit.

Bagi yang ingin mencubanya di rumah, Puan Nana Rozanalina telah berkongsi cara penyediaan lengkap merangkumi nasi, ayam, sambal, kacang gajus tumbuk serta bahan sampingan lain. Memang puas hati dan sesuai untuk hidangan seisi keluarga.

Baca juga: Cara Buat Nasi Ayam Penyet, Resipi Lengkap Dengan Sambal, Sup Kosong & Bahan Sampingan

RESEPI NASI AYAM GEPUK LENGKAP

Bahan-bahan ayam:

  • Ayam secukupnya
  • Halia
  • Lengkuas
  • Biji ketumbar
  • Kunyit hidup atau kunyit serbuk
  • Bawang putih
  • Garam

Bahan-bahan sambal:

  • Cili padi secukupnya
  • Bawang putih
  • Garam dan sedikit aji
  • Kacang gajus tumbuk
  • Minyak panas

Bahan-bahan lain:

  • Tauhu
  • Kangkung
  • Minyak untuk menggoreng
  • Nasi putih secukupnya

Cara-cara memasak:

  1. Kisar halia, lengkuas, biji ketumbar, kunyit hidup atau kunyit serbuk, bawang putih dan garam. Sukatan bahan boleh dianggarkan mengikut jumlah ayam yang digunakan. Gaulkan ayam bersama bahan kisar tadi sehingga sebati, kemudian perapkan selama kira-kira 30 minit.
  2. Selepas diperap, rebus ayam hingga masak dan empuk. Angkat dan toskan. Apabila hendak dihidangkan, goreng ayam seketika sahaja sehingga bahagian luar sedikit garing. Elakkan menggoreng terlalu lama kerana ayam boleh menjadi keras.
  3. Untuk sambal, tumbuk cili padi dan bawang putih sama ada halus atau kasar mengikut citarasa. Curahkan minyak panas ke atas sambal yang ditumbuk, kemudian perasakan dengan garam dan sedikit aji.
  4. Kacang gajus digoreng berasingan hingga kekuningan, kemudian ditumbuk kasar.
  5. Goreng tauhu dan kangkung digoreng asing hingga rangup dan garing. Angkat dan toskan minyak berlebihan.

Cara menghidang:

  1. Letakkan nasi putih di atas pinggan. Susun ayam gepuk, sambal, kacang gajus tumbuk, tauhu goreng dan kangkung goreng rangup.
  2. Tuangkan juga kicap di atas nasi sebelum sedia untuk dimakan. Hidangkan panas-panas untuk rasa yang lebih sedap.

Sumber: Nana Rozanaliza

Baca juga: Resipi Nasi Arab Tanpa Guna Rempah Segera, Puas Hati Makan Bila Buat Sendiri!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

17 hours ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

18 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

19 hours ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

21 hours ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

23 hours ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

23 hours ago