
Kek Marble terkenal sebagai kek yang coraknya beralun cantik apabila dipotong. Tapi sekarang ada versi baru yang tengah viral di media sosial, iaitu Kek Marble Corak Kayu.
Resipi Kek Marble Corak Kayu ini dikongsikan oleh pengguna TikTok, radiahbintiibrahi, menjadikan ia semakin mendapat perhatian dan trending sekarang. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Kek Marble Gebu & Tak Mendap, Guna Teknik Ini Hasil Terus Naik Cantik
RESIPI KEK MARBLE CORAK KAYU

Bahan-bahan:
- 4 biji telur gred B
- ¾ cawan gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu makan ovalette
- 2 sudu makan susu pekat
- 2 sudu makan susu full cream
- ¾ cawan butter cair
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 1 sudu makan coklat emulco
Cara-cara membuat:
1. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, gula kastor, ovalette dan esen vanilla. Pukul dengan mixer berkelajuan tinggi sampai adunan gebu, kembang dan ringan.
2. Tambahkan susu pekat dan susu full cream, kemudian gaul sebati.
3. Ayak tepung naik sendiri, masukkan sedikit demi sedikit. Kemudian tuangkan butter cair, kacau rata perlahan-lahan dengan spatula.
4. Terus tuangkan coklat emulco ke dalam adunan yang sama. Guna spatula atau senduk kayu untuk kacau secara seleret saja, jangan sampai sebati penuh. Biarkan coraknya kelihatan seperti urat kayu sambil guna lidi.
5. Sediakan loyang yang dialas baking paper, tuangkan adunan. Panaskan oven pada suhu 160°C hingga 170°C dan bakar selama 45 hingga 55 minit. Guna lidi untuk uji masak, jika keluar bersih, kek sudah siap.
6. Apabila sudah sejuk, potong perlahan-lahan. Corak kayu akan nampak jelas dan cantik apabila dipotong.

Bukan saja unik, malah apabila dipotong, coraknya nampak seakan-akan urat kayu asli. Memang cantik untuk dijadikan sebagai hidangan di jamuan atau buah tangan ke rumah orang.
Selamat mencuba!
Sumber: radiahbintiibrahi
Baca juga: Wanita Kongsi Resepi Kek Marble Jelita Kegemaran Ibu, Bakar Atau Kukus, Dua-Dua Jadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














