resepi mooncake telur masin

Mooncake telur masin semakin popular, terutama ketika musim perayaan. Rasanya yang manis dan lemak berkrim dari kuning telur masin menjadikannya kegemaran ramai. Kali ini kami kongsikan resepi mooncake telur masin versi halal yang mudah dibuat di rumah, sesuai untuk semua peringkat umur.

Resipi ini diinspirasikan daripada video YouTube Siblings Food Hunter, tetapi kami susun semula supaya lebih mudah diikuti. Dari penyediaan doh hingga proses membakar, setiap langkah disertakan tip berguna agar mooncake anda lembut, cantik, dan sedap dimakan.

Baca juga: Makanan Tradisional Cina Popular Di Malaysia, Senarai Ini Boleh Buat Versi Halal!

RESEPI MOONCAKE TELUR MASIN

resepi mooncake telur masin

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur masin (ambil kuning sahaja)
  • 40g (1/8 cawan) golden syrup
  • 15g (1 sudu besar) minyak masak
  • 1g (1/4 sudu teh) air alkali
  • 45g (1/3 cawan) tepung gandum
  • 50g lotus paste setiap satu

*Tip: Tambah tepung jika doh terlalu lembut atau cair

Bahan-bahan hiasan:

  • Tepung sedikit (untuk elak doh melekat)
  • Telur kuning + sedikit susu segar (untuk sapuan sebelum bakar)

Cara-cara penyediaan:

1. Sediakan Telur Masin

  • Ambil kuning sahaja dan kukus 5–8 minit hingga masak tapi masih lembut.

2. Buat Doh Mooncake

  • Campurkan golden syrup, minyak masak, dan air alkali, kacau rata.
  • Masukkan tepung gandum, uli hingga menjadi doh.
  • Tutup doh dan rehatkan 5 minit.
  • Bahagikan doh 20–25g setiap satu, bulatkan.

3. Sediakan Isian

  • Bulatkan 50g lotus paste.
  • Bungkus telur masin perlahan-lahan supaya tidak pecah.
  • Pastikan lotus paste menutup telur masin sepenuhnya.

4. Bentuk Mooncake

  • Gunakan plastik keras atau piping bag untuk mudahkan proses.
  • Salut doh dengan sedikit tepung supaya tidak melekat.
  • Tabur tepung sedikit pada acuan agar mooncake mudah dikeluarkan.
  • Saiz acuan: 75g setiap satu.

5. Proses Membakar

  • Panaskan oven 160°C.
  • Letak mooncake dalam loyang, spray sedikit air supaya tidak kering.
  • Sapu campuran telur kuning + susu segar di permukaan.
  • Bakar 10–13 minit hingga keemasan.
  • Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Tips Resepi Mooncake Telur Masin

  • Pastikan kuning telur masin lembut supaya mudah dibungkus.
  • Doh melekat? Taburkan tepung sedikit pada tangan atau plastik.
  • Mooncake lebih sedap jika disimpan semalaman, rasa manis dan lemak lebih keluar.

Kini anda boleh buat sendiri mooncake telur masin versi halal di rumah tanpa risau bahan tidak sesuai. Sesuai untuk kudapan keluarga atau hadiah perayaan yang menarik.

Selamat mencuba!

Sumber: Siblings Food Hunter – YouTube

Baca juga: Kreatifnya Cara Buat Mooncake Thousand Layer Ini, Guna Resipi Kulit Karipap Pusing Saja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN