resepi mille crepe

Resepi Mille Crepe Coklat ini adalah pencuci mulut yang sungguh menggoda! Terdapat 20 lapisan yang diisi dengan krim coklat yang lembut, dan setiap lapisan dilimpahi dengan coklat ganache yang meleleh seterusnya dinikmati sejuk-sejuk dari peti ais.

Walaupun proses pembuatannya mengambil masa yang agak lama, namun setiap lapisan yang dihasilkan berbaloi apabila kita menikmati setiap suapan. Dalam sekelip mata, kek ini boleh habis licin!

Jika ada yang ingin mencuba, lihat resipi penuh di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Buat Nutella Crepe ‘Viral’ Tu, Gebu Macam Bantal!

RESEPI MILLE CREPE COKLAT

Bahan kulit crepe:

  • 2 biji telur B
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 1 3/4 cawan susu full cream (boleh digantikan dengan fresh milk)
  • 1/4 cawan mentega cair

Bahan coklat krim:

  • 200 ml dairy whipping cream
  • 200 gm Beryl’s Dark Chocolate Coin
  • 1 1/2 cawan non-dairy whipping cream
  • Serbuk koko dan beberapa keping Beryl’s Dark Chocolate Coin untuk hiasan

Cara-cara membuatnya:

  1. Cara buat kulit crepe, pukul telur dan gula hingga gula hancur.
  2. Campurkan tepung gandum dan serbuk koko. Kacau sebati.
  3. Tuang susu dan mentega cair. Kacau rata dan tapis.
  4. Panaskan kuali non-stick berukuran 20 cm. Sapu sedikit minyak dan tuang satu senduk adunan, kemudian ratakan nipis. Masak di atas api kecil hingga menggelembung. Satu adunan akan menghasilkan 20 keping kulit crepe.
  5. Cara buat coklat krim pula, panaskan dairy whipping cream di atas api hingga timbul buih-buih kecil. Tuang ke atas coklat. Biarkan seketika sebelum mengacau hingga coklat cair.
  6. Pukul non-dairy whipping cream hingga kental. Campurkan 3/4 cawan coklat dan pukul sebati. Baki coklat boleh dituang di atas crepe ketika menghidang.
  7. Bentangkan kulit crepe. Kemudian sapu krim coklat. Ulang cara yang sama hingga habis.
  8. Salutkan krim coklat ke seluruh crepe. Hias mengikut kreativiti. Taburkan dengan serbuk koko.
  9. Sejukkan dalam freezer selama 2-3 jam hingga set.
  10. Hidangkan bersama coklat leleh.

Kredit resipi dan gambar: Nor Al Fatihah T-hah

Baca juga: Resipi Durian Mille Crepe, Pencuci Mulut Kayangan Boleh Buat Sendiri Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN