Categories: Resipi

Tip Buat Mihun Sup Yang Sedap Sampai Berpeluh Makan, Licin Sampai Tak Tinggal Kuah!

Resepi mihun sup memang antara menu comfort food yang tak pernah mengecewakan. Hidangan berkuah panas ini bukan sahaja mudah disediakan, malah sangat sesuai dimakan bila-bila masa terutama waktu hujan atau bila tak ada idea nak masak apa.

Kuah sup yang berempah, wangi dan penuh rasa memang jadi tarikan utama dalam hidangan ini. Bila digabungkan dengan sambal kicap pedas manis, memang terus “naik selera” walaupun ianya  menu ringkas saja.

Resepi ini juga sesuai untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam yang cepat disediakan kerama bahan-bahannya mudah didapati dan cara memasaknya tidak renyah.

Baca juga: Resipi Sup Ayam Tanpa Sup Bunjut, Cara Ini Lagi Ringkas Tapi Hasilnya Rasa Tetap ‘Kick’!

RESEPI MIHUN SUP (KUAH, SAMBAL KICAP, BAWANG GORENG)

Bahan-bahan kuah sup:

  • Bawang putih (dipotong dadu)
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Sup bunjut
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Ayam (ikut keperluan)
  • Serbuk sup
  • Perencah sup siam
  • Air secukupnya
  • Minyak masak (guna minyak gorengan bawang putih)

Bahan bawang goreng:

  • Bawang putih (hiris)

Bahan untuk sambal kicap:

  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Gula
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Minyak gorengan bawang

Bahan lain-lain:

  • Mihun (direndam dan dileraikan)
  • Daun sup/daun bawang (jika suka)
  • Bawang goreng
  • Fish cake (goreng)
  • Fish ball (goreng)
  • Sayur sawi (celur)
  • Limau nipis (untuk perah)
  • Isi ayam (dicarik)

Cara buat bawang goreng:

  1. Panaskan minyak, goreng bawang putih yang dipotong dadu sehingga garing. Angkat dan asingkan.
  2. Simpan minyak gorengan tersebut untuk digunakan dalam kuah sup dan sambal nanti.

Cara buat kuah sup:

  1. Dengan menggunakan sedikit minyak gorengan bawang tadi, tumis bahan tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih, halia bersama jintan manis dan jintan putih.
  2. Masukkan sekali sup bunjut, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis sehingga naik bau dan bahan agak garing untuk keluarkan aroma rempah yang lebih padu.
  3. Kemudian masukkan ayam. Tambahkan serbuk sup dan perencah sup siam. Masak sehingga ayam agak kering dan rempah meresap.
  4. Selepas itu, masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih. Perasakan ikut citarasa. Kuah sup akan jadi lebih wangi, berempah dan sedap bila cukup masa reneh.

Cara buat sambal kicap:

  1. Goreng bawang putih bersama cili padi menggunakan minyak gorengan bawang tadi sehingga garing. Angkat dan tumbuk bersama sedikit gula, sos cili dan kicap manis.
  2. Akhir sekali, masukkan sedikit minyak gorengan tadi ke dalam sambal untuk naikkan aroma dan rasa. Gaul sebati. Tidak perlu tambah garam kerana kicap dan sos sudah cukup masin.

Cara menghidang:

  1. Celur mihun yang telah direndam, kemudian letak dalam mangkuk. Tuangkan kuah sup panas bersama ayam.
  2. Taburkan bawang goreng dan daun sup jika suka. Hidangkan sekali dengan sambal kicap dan bahan sampingan lain untuk rasa yang lebih menyengat.

Sumber: Farah Lome

Baca juga:

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago