resepi mihun goreng

Resepi mihun goreng style mak-mak dulu ini langsung tak guna sebarang sos, tapi rasanya tetap cukup sedap dan mengenyangkan. Bila sekali makan, terus teringat air tangan ibu di kampung.

Rahsia bihun goreng ini terletak pada bahan tumisannya yang ringkas iaitu bawang, udang kering, cili kisar dan beberapa bahan lain. Walaupun cara memasaknya cukup mudah, hasilnya sangat padu!

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Nor Farah Atika di bawah.

Baca juga: Resipi Makaroni Goreng Paling Mudah, Anak-Anak Semua Puji Sedapnya Mak Masak!

RESEPI MIHUN GORENG LEGEND TANPA GUNA SEBARANG SOS

resepi mihun goreng

Bahan-bahan (tumbuk/kisar kasar):

Bahan-bahan lain:

  • 1 bungkus bihun (direndam hingga lembut)
  • 2-3 sudu besar cili kisar/cili boh
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit kicap manis
  • Sayur keras (contoh: batang sawi, lobak merah, kubis)
  • 1 sudu kecil cuka
  • Protein pilihan (ayam, daging atau makanan laut)
  • Air secukupnya
  • Gula & garam secukup rasa
  • Telur gulung (untuk hiasan)
  • Hirisan cili merah/hijau (jika suka)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk/kisar  kasar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, sos tiram dan sedikit kicap. Gaul rata.
  3. Tuangkan juga sedikit air untuk bagi berkuah.
  4. Masukkan sedikit cuka makan secukupnya.
  5. Masukkan ayam dan sayur yang keras terlebih dahulu (batang sawi dan lobak merah).
  6. Kemudian, masukkan protein lain yang anda suka (fishcake/fishball/udang).
  7. Perasakan dengan garam dan gula ikut cita rasa.
  8. Masukkan bihun yang direndam dengan air biasa dan sawi.
  9. Kacau rata menggunakan teknik kaup (angkat yang bawah ke atas) hingga sebati dengan bahan tumis.
  10. Kalau mihun belum lembut, percikkan air daripada atas.
  11. Bila mihun dah lembut, boleh tutup api dan hidang bersama telur gulung serta hirisan cili.

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Resipi Spageti Goreng Daging Ala Tekak Melayu, Ringkas Tapi Buat Bertambah Pinggan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN