
Mi udang merupakan antara hidangan popular yang cukup digemari kerana kuahnya yang pekat, manis dan kaya dengan rasa udang. Di utara tanah air, mi udang sering menjadi menu wajib yang dicari kerana keunikan kuahnya yang berbeza daripada mi biasa.
Untuk anda yang teringin menyediakan mi udang sendiri di rumah, resipi mi udang cara ini memang sesuai dicuba. Kuahnya menggunakan ubi kentang sebagai bahan pemekat semula jadi, menjadikan rasa lebih berlemak tanpa perlu menambah terlalu banyak bahan lain.
Gabungan udang segar, udang kering dan air rebusan kepala udang menjadikan kuah mi udang ini lebih ‘naik rasa’. Cara penyediaannya juga ringkas dan sesuai untuk hidangan keluarga atau majlis kecil.
Baca juga: Resipi Chinese Congee, Bubur Ayam Ala Cina Ini Sangat ‘Simple’ Tapi Penuh Rasa!
RESEPI MI UDANG MUDAH TAPI SANGAT SEDAP

Bahan-bahan:
- Udang segar secukupnya
- 2 sudu besar udang kering
- 1 biji bawang besar
- 5–6 ulas bawang putih
- 2 biji ubi kentang
- 2 biji tomato
- 2 senduk cili kisar
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 2 paket fishball (pilihan)
Cara-cara penyediaan:
- Rebus ubi kentang sehingga empuk. Toskan dan ketepikan.
- Kisar ubi kentang yang telah direbus bersama udang kering dan tomato hingga halus.
- Kumpulkan kepala udang dan rebus sehingga keluar rasa. Tambahkan kira-kira 1 cawan air, kemudian kisar dan tapis. Air rebusan ini akan digunakan untuk kuah mee udang.
- Kisar bawang besar dan bawang putih, kemudian tumis dalam periuk sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
- Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar-benar garing dan pecah minyak.
- Masukkan campuran ubi kentang yang telah dikisar ke dalam periuk.
- Kacau hingga kuah sebati dan tidak berketul.
- Masukkan air rebusan udang yang telah ditapis.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata.
- Jika suka, masukkan fishball dan biarkan seketika sehingga masak.
- Akhir sekali, masukkan udang segar.
- Apabila kuah mula menggelegak dan udang masak, tutup api.
Hidangkan mee udang bersama mi kuning dan bahan sampingan kegemaran. Kuahnya yang pekat dan kaya rasa memang sesuai dinikmati panas-panas.
Sumber: ايلا حاناتومي
Baca juga: Resipi Burung Puyuh Masak Cili Kering, Buat Sepinggan Confirm Tak Cukup
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














