resepi burung puyuh

Kalau biasanya kita goreng burung puyuh hingga rangup, kali ini jom cuba resepi burung puyuh masak cili kering pula.

Rasa pedas cili kering yang menyelerakan buatkan ia sedap dimakan begitu sahaja, walaupun tanpa nasi pun boleh habis.

Kalau anda nak cuba masak sendiri di rumah, jom lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Zuraini Mat Arshad di bawah.

Baca juga: Cara Rebus Telur Puyuh Supaya Senang Kupas, Tak Pecah & Kulit Tanggal Cantik!

RESEPI BURUNG PUYUH MASAK CILI KERING

resepi burung puyuh

Bahan-bahan:

  •  Puyuh secukupnya (dibelah 2 atau 4)
  • Tpung bestari
  • Minyak untuk menggoreng
  • Bawang besar (dihiris)
  • Bawang putih (diketuk)
  • Cili kering (dipotong kecil)
  • Cili api (dibelah 2)
  • Daun kari
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Air secukupnya (jika perlu)

Cara-cara penyediaan:

  1. Taburkan tepung bestari pada puyuh yang telah dipotong.
  2. Goreng puyuh hingga kekuningan dan garing. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  5. Masukkan cili kering, cili api dan daun kari. Tumis hingga layu.
  6. Tambahkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. Kacau rata.
  7. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air.
  8. Masukkan puyuh yang telah digoreng tadi.
  9. Gaul sebati sehingga semua bahan mesra dengan puyuh.
  10. Hidangkan panas bersama nasi putih atau nasi minyak.

Sumber: Zuraini Mat Arhad

Baca juga: Resepi Telur Puyuh Berempah, Terlajak Sedap Sampai Mak Mentua Pun Puji

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN