resepi mee rebus

Mudah saja resepi mee rebus ini kalau ada yang nak cuba. Hujan renyai-renyai macam ini memang sedap kalau dapat layan mi rebus panas-panas.

Resipi ini juga sangat mudah dan cepat disediakan, sesuai untuk menghangatkan badan ketika cuaca sejuk.

Tak kisah sama ada untuk makan tengah hari atau makan malam, mi rebus ini memang pilihan yang tepat untuk dinikmati bersama keluarga.

Baca juga: Resipi Mihun Goreng Kosong, Warnanya Yang Cantik Buat Hati Tertawan!

RESEPI MEE REBUS KELANTAN

resepi mee rebus

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu kecil lada hitam

Bahan-bahan:

  • 200g daging / ayam (ikut pilihan)
  • 1 batang sayur sawi
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 2 biji lada besar merah (dipotong)
  • 300g mee kuning
  • 1 biji telur (jika suka)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 kiub ayam atau serbuk perasa (optional)
  • 2-3 sudu besar sos cili (jika suka)
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu kecil gula
  • Air secukupnya

Cara-caranya:

  1. Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan daging, ayam, atau fish cake/ball (jika tidak mahu, boleh abaikan).
  2. Masukkan air mengikut jumlah kuah yang diinginkan. Tambahkan sedikit garam, gula, serbuk perasa (aji) atau kiub ayam secukup rasa.
  3. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sayur dan mee kuning. Jika suka, boleh pecahkan telur.
  4. Hidangkan dengan sos cili jika suka. Boleh juga tambah lada jeruk untuk rasa yang lebih sedap.

Sumber: Ina Zarina via Resepi Panas

Baca juga: Cara Celur Mihun Yang Betul, Barulah Cantik Elok Dan Tak Putus

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN