Categories: Resipi

Rahsia Mi Rebus Johor Yang Penuh Rasa, Nikmat Di Setiap Suapan!

Resepi mee rebus Johor adalah hidangan tradisional dari Johor yang sangat digemari kerana rasa dan keunikannya.

Kuah mee rebus ini pekat dan beraroma, hasil gabungan rempah-rempah yang dimasak dengan sempurna.

Hidangan ini juga disertakan dengan pelbagai bahan sampingan seperti tauhu goreng, telur rebus dan taugeh yang dicelur.

Mi rebus Johor ini juga sering dihidangkan pada majlis istimewa seperti kenduri dan perayaan.

Baca juga: Mee Goreng Basah Sedap Rasa Meletup, Memang Tak Cukup Sepinggan!

RESEPI MEE REBUS JOHOR

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus mi kuning (dicelur)
  • 1 mangkuk daging yang direbus
  • 4 biji keledek (direbus dan dikisar)
  • Segenggam udang kering (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 biji bawang merah (kisar)
  • 2 biji bawang besar (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1 batang serai
  • 5 sudu besar rempah kari daging
  • 3 sudu besar lada kisar
  • Air rebusan daging
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia dan udang kering.
  2. Masukkan serai dan tumis sampai sedikit garing.
  3. Setelah sedikit garing, masukkan lada kisar dan rempah kari.
  4. Tambahkan sedikit air rebusan daging.
  5. Masukkan keledek yang telah dikisar, daging dan lebihan air rebusan. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga mendidih.

Bahan taburan:

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar udang kering (kisar halus)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Sebatikan semua bahan taburan dan goreng dalam minyak panas.

Bahan hiasan:

  • Tauhu
  • Tauge
  • Telur rebus
  • Lada hijau
  • Limau nipis
  • Fish cake

Sumber: Nuryusra Ibrahim Kutty

Baca juga: Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Wan N

Recent Posts

Kuah Rojak Utara Pekat Dan Sedap, Ini Resipi Asli Tanpa Sos Cili Dan Bancuhan Tepung!

Rindu nak makan rojak dengan kuah yang pekat, manis, pedas dan cukup rasa? Rupanya, kuah…

22 minutes ago

Rendang Ayam Cara Kampung, Tak Payah Tunggu Raya Baru Nak Makan!

Rendang ayam antara hidangan tradisional yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dimasak dengan kuah…

42 minutes ago

Tak Perlu Risau Lagi.. Gardenia Tampil Beri Penjelasan Isu Tular, Ujian Makmal Sahkan Produk Patuhi Piawaian

Gardenia Bakers (KL) Sdn Bhd tampil mengeluarkan kenyataan terbaharu susulan kebimbangan pengguna yang dibangkitkan baru-baru…

2 hours ago

Rahsia Buat Bihun Singapore Sedap Rupanya Tumis Udang Kering Macam Ini, Wangi Semerbak!

Cara buat bihun Singapore ini sesuai untuk mereka yang menggemari hidangan bihun goreng dengan rasa…

2 hours ago

[VIDEO] Tikus Ratah Ayam Mentah Dalam Tong Hitam, Rakaman Dari Premis Di Pudu Buat Ramai Geli!

Tular satu rakaman memaparkan beberapa ekor tikus didakwa meratah ayam mentah yang direndam di dalam…

17 hours ago

Daun Selasih & Daun Kesum Cepat Hitam? Cuba Cara Simpan Ini, Kekal Segar Lebih Lama!

Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…

19 hours ago