Tiada idea nak makan malam apa? Jom cuba resepi mee kicap yang mudah dan sedap ini.
Biasanya mi wantan digunakan untuk membuat mi kicap. Namun, boleh juga digantikan dengan mi biasa. Rasanya tetap sama sedap.
Ikut saja resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya.
Baca juga: Resipi Mi Bandung Sedap & Berlemak, Rahsianya Kena Letak 1 Bahan Ini
1. Satukan bahan perapan dan sebatikan. Perap selama 15 minit.
2. Untuk membuat kuah kicap, pertama sekali panaskan minyak masak dan sedikit minyak bijan untuk membangkikan lagi bau aromanya.
3. Kemudian tumis bawang putih sehingga warna bertukar keperangan.
4. Kemudian baru masukkan air. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram, sedikit gula perang dan garam. Seimbangkan rasa, tambah apa yang kurang.
5. Masukkan bancuhan 2 sudu makan tepung jagung.
6. Biarkan kicap mendidih seketika. Tutup api.
7. Kemudian goreng ayam yang sudah diperap tadi.
8. Cara membuat sup pula, tumis bawang putih terlebih dahulu, kemudian masukkan air dan fishball. Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa maggie. Akhir sekali taburkan daun bawang. Siap.
9. Celur sayur dan mi kering @ dried noodles.
10. Mi yang sudah siap dicelur. Aslinya perlu guna mi wantan.
11. Gaul mi yang sudah siap dicelur dengan kuah kicap tadi.
12. Hidangkan semua bahan yang sudah siap tadi.
13. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!
Kredit: Qasih Jue Aisya
Baca juga: Resipi Mi Goreng Untuk 60 Orang Makan, Buat Untuk Rumah Terbuka Confirm ‘Laris’
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…