Jom buat sushi ikut tekak melayu. Anak-anak mesti suka nak makan sebab kita dah ubahsuai mengikut selera yang mudah untuk dimakan.
Jangan risau, anda boleh buat sendiri di rumah hanya bermodalkan kos yang tidak mahal. Puas hati!
Baca juga: Ikonik Kod Hijau Dalam Filem The Matrix Sebenarnya Resipi Sushi?
Sekali buat, satu keluarga boleh menikmatinya. Cik Puan Siti Nornaim Keng ada kongsikan resipinya. Istimewa lagi, resipi beliau hanya mengunakan bahan-bahan yang mudah didapati di kedai Acheh atau pasaraya.
Jom kita cuba!
Org lain dah masak nasi tengah hari. Kita buat sushi je. First time buat, perisa ikut yang anak-anak suka. Janji sedap.
Ade yang grill dengan cheese. Ada perisa tuna, sosej, ketam, cheese dan telur.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Masak beras sumo ini macam masak nasi biasa. Dah masak, letak dalam bekas dan biarkan sejuk.
2. Kemudian, campurkan nasi yang sudah sejuk dengan 4sdb cuka dan gaul sehingga sebati.
3. Hiris timun memanjang dan sediakan juga bahan-bahan inti yang lain. Sosej, lobak merah dan filamen ketam direbus seketika dalam air panas. Ketepikan.
4. Ambil kepingan rumpai laut, letak di atas tikar buluh sushi atau plastik. Kemudian ratakan nasi diatas kepingan rumpai laut dengan secukupnya.
5. Kemudian susun hirisan timun, lobak merah, sosej, filamen ketam dan paipkan mayones dengan secukupnya. Jika mahukan rasa lebih enak, boleh sapu mayonis pada nasi. Boleh juga menggunakan tuna sebagai inti.
6. Dah siap gulung, potong gulungan sushi tadi menjadi kepingan.
7. Sushi homemade yang enak siap untuk dihidang.
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Cara Buat Sandwich Sushi Guna Roti, Sesuai Untuk Yang Tak Nak Makan Nasi
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…