Categories: Resipi

Resipi Mee Celup Ala Thai Tak Cukup Semangkuk, Padu Sampai Berpeluh Dahi!

Resepi mee celup Thai ini wajib dicuba oleh penggemar masakan Thailand! Kalau pergi kedai, memang tak sah kalau tak order!

Bukan itu saja, setiap kali makan wajib pesan 2 mangkuk. Itu pun masih rasa tak cukup! Ha, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah kalau nak lagi puas.

Mudah je resipinya, ikut saja cara penyediaannya yang dikongsikan oleh Puan Iza Abu Bakar di bawah.

Baca juga: Jom Cuba Resipi Kerabu Kaki Ayam Ala Thai, Masak Sendiri Lagi Puas Hati!

RESEPI MEE CELUP ALA THAI

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia – dihiris halus
  • Akar ketumbar (ditumbuk)
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • Ayam
  • Gula melaka
  • 1/2 cawan kicap manis
  • Sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • Mee kuning – dicelur
  • Taugeh secukupnya (Kak Za tak letak sebab stok tak de)
  • Kacang tanah – (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
  • Kangkung – (boleh juga letak sawi)
  • Daun ketumbar – dihiris
  • Chili flakes
  • Limau nipis – (diperah jusnya sebagai penambah rasa)

Cara memasak:

1. Mula mula panaskan minyak di dalam periuk.

2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.

3. Masukkan ayam, biarkan seketika, baru masukkan air. Biarkan sehingga mendidih dan merenih.

4. Kemudian masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka.

5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.

6. Keluarkan isi ayam dan carik carikkan halus.

7. Untuk hidangkan mee celup ni ada kaedahnya. Mula mula ambil mee yang dicelur dan letakkan ke dalam mangkuk.

8. Kemudian letakkan kangkung atau sawi, taugeh, daun ketumbar yang dihiris dan isi ayam yang dicarik carikkan tadi.

9. Siramkan kuah di atas bahan dalam mangkuk tadi dan taburkan chili flakes serta kacang tanah yang telah ditumbuk. Perahkan sedikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.

10. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Iza Abu Bakar via Masak Apa Hari Ni

Baca juga: Puding Pandan Thai (Kanom Piak Poon), Sedap Rasa Berlemak Manis!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago