resepi masak lemak putih

Resepi masak lemak putih lada solok memang antara hidangan tradisional yang cukup istimewa, terutama bagi mereka yang membesar di Kelantan. Rasanya memang penuh nostalgia.

Orang Kelantan biasanya memanggil hidangan ini “sayur lada”. Rasanya lemak, wangi santan dan pedas ringan dari lada solok yang diisi inti ikan, cukup membuka selera.

Baca juga: Resipi Ikan Rebus Goreng Yang Laku Keras, Bau Ikan Masa Goreng Pun Dah Mengiurkan!

RESEPI MASAK LEMAK PUTIH SOLOK LADA

resepi masak lemak putih

Bahan-bahan:

  • Lada solok secukupnya (dihiris memanjang dan buang biji)
  • Ikan selayang secukupnya (direbus atau dibakar)
  • Bawang merah 2–3 ulas (ditumbuk bersama isi ikan)
  • Santan pekat secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secubit atau secukup rasa
  • Serbuk perasa

Cara-cara memasak:

  1. Rebus atau bakar ikan selayang hingga masak. Kemudian asingkan isi ikan dan tumbuk bersama bawang merah sehingga sebati.
  2. Hiriskan lada memanjang, buang biji dan ketepikan.
  3. Panaskan santan dalam periuk dengan api sederhana. Masukkan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kacau perlahan supaya santan tidak pecah.
  4. Masukkan lada solok dan inti ikan yang ditumbuk ke dalam santan. Masak sehingga lada empuk dan santan agak pekat.
  5. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula jika perlu. Masak seketika supaya semua bahan sebati.

Sumber: Kak Mung Yanie

Baca juga: Resipi Sambal Goreng Versi Orang Lama, Makan Dengan Nasi Atau Bubur Memang Padu

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN