Siapa kata musim mangga dah berakhir? Seperti yang anda semua tahu, mangga mempunyai pelbagai jenis iaitu Mangga Harum Manis, Mangga Chok Anan (Mangga Madu), Mangga Perlis Sunshine (Sala), Mangga Susu, Mangga Epal dan banyak lagi. Selalunya orang guna mangga untuk buat jus dan jeruk kan? So kali ni kita buat pencuci mulut pula menggunakan mangga, susu dan juga cheese. Resepi ni dikongsikan oleh Cookingwithel di laman Facebooknya.
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Mudah
FAKTA MASAKAN
15 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Mangga Milk Cheese
Siapa kata musim mangga dah berakhir? Seperti yang anda semua tahu, mangga mempunyai pelbagai jenis iaitu Mangga Harum Manis, Mangga Chok Anan (Mangga Madu), Mangga Perlis Sunshine (Sala), Mangga Susu, Mangga Epal dan banyak lagi. Selalunya orang guna mangga untuk buat jus dan jeruk kan? So kali ni kita buat pencuci mulut pula menggunakan mangga, susu dan juga cheese. Resepi ni dikongsikan oleh Cookingwithel di laman Facebooknya.
Kredit : cookingwithel
BAHAN-BAHAN
3 Biji mangga dipotong dadu
Jelly berperisa Mangga dipotong dadu
Nata de coco secukupnya
Biji selasih secukupnya rendam di dalam air terlebih dahulu
Mangga 1 biji ambil isinya sahaja
170 gram cream cheese
500 ml susu full cream
380 ml susu sejat
80 gram susu pekat
Kredit : cookingwithel
CARA PENYEDIAAN
Campur kesemua bahan milk cheese kemudia kisar hingga halus
Campur mangga, biji selasih, nata de coco, jelly mangga ke dalam bahan milk cheese yang telah dikisar.
Tuang isian tersebut pada cup yang berisi 300ml
Boleh dimakan terus. Sejukkan di dalam peti ais untuk lebih sedap.
TIPS
Kalau suka keju, boleh tambah mengikut selera masing-masing.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.