resepi makaroni bolognese cheese

Jom cuba resepi makaroni bolognese cheese ini di rumah. Caranya sama saja seperti masak Spaghetti Bolognese, yang berbezakan hanyalah penggunakan makaroni menggantikan spaghetti.

Tidak dinafikan, makanan western sering menjadi pilihan ramai untuk makan malam kerana tidak terlalu berat seperti nasi.

Jika anda menggunakan periuk tekanan tinggi, dalam masa 4 minit saja sudah siap satu hidangan yang lazat dan menyelerakan. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Makaroni Bakar Cheese ‘Leleh’, Makan Sepinggan Confirm Tak Puas!

RESEPI MAKARONI BOLOGNESE CHEESE

Bahan-bahan tumis:

  • 2 sudu besar butter
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang holland dipotong dadu
  • 1 tin cendawan butang dihiris dan milas
  • 1 botol besar sos pasta Bolongnese
  • 2 sudu besar McCormick Chilli Flakes
  • 1 sudu kecil McCormick Italian Herbs
  • 1 sudu besar McCormick Garlic Powder
  • 1 sudu besar Mc Cormick Onion Powder
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk pati ayam secukupnya

Bahan-bahan isi:

  • 1 mangkuk isi ayam atau secukupnya
  • 1 peket daging kisar yang telah siap masak
  • 4 batang Hotdong dihiris
  • 1 bungkus macaroni
  • 4-5 keping cheese
  • 1 gelas air

Cara memasak:

1. Hidupkan periuk dan tekan butang “saute”, masukkan butter dan minyak. Tumis bawang serta cendawan hingga perang. Masuk kesemua bahan tumis yang berbaki dan kacau sebati.

2. Apabila bahan tumis dah mendidih masukkan semua bahan isi. Kacau sebati dan tutup periuk masak selama 4 minit dengan menggunakan periuk tekanan tinggi. Setelah masak, kacau sebati dan sedia dihidang.

3. Letakkan kepingan keju jika suka. Selamat mencuba!

resepi makaroni bolognese cheese

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Makaroni Goreng Simple, 2 Kali Anak Menambah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN