Categories: Resipi

Resipi Makaroni Bakar Berkeju Yang Meleleh, Setiap Suapan Mesti Rasa Nak Lagi!

Resepi makaroni antara menu yang mudah disediakan dan sentiasa menjadi kegemaran ramai. Bila digabungkan dengan keju yang leleh dan sos berkrim, lazatnya tak terkata!

Hidangan ini menggunakan gabungan sos bolognese dan sos putih yang menjadikan rasa makaroni lebih seimbang, tidak muak dan penuh rasa. Paling menarik, resipi makaroni bakar ini boleh disediakan menggunakan oven atau air fryer sahaja.

Untuk yang mencari idea hidangan ringkas tetapi nampak istimewa, resepi  ini memang pilihan tepat kerana rasanya sedap dan mengenyangkan. Sangat sesuai dijadikan menu keluarga, potluck atau hidangan hujung minggu bersama orang tersayang.

Baca juga: Wanita Kongsi ‘Sifir’ Goreng Kuetiau & Mi Ala Kedai, Rupanya Ini Petua Wajib Buat!

RESEPI MAKARONI BAKAR BERKEJU

Bahan pasta:

  • 1/2 pek makaroni atau apa-apa jenis pasta (Direbus hingga empuk dan ditoskan)

Bahan sos bolognese:

  • 2 keping daging atau ayam kisar/cincang
  • 1 tin sos pasta tomato cendawan
  • 1/2 biji bawang besar atau bawang holland, dicincang
  • 250 ml air
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • Serbuk perasa atau garam secukupnya

Bahan sos putih:

  • 1/4 ketul butter atau 3 sudu besar marjerin
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 1 tin sos karbonara segera
  • 500 ml susu full krim atau fresh milk
  • 500 ml air
  • 4 keping keju cheddar
  • Serbuk perasa atau garam secukupnya

Bahan hiasan:

  • Keju mozzarella secukupnya
  • Serbuk oregano secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar hingga layu dan kekuningan.
  2. Masukkan daging atau ayam kisar, masak hingga keperangan.
  3. Masukkan 1 tin sos pasta tomato cendawan dan 250 ml air.
  4. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan serbuk perasa atau garam.
  5. Masukkan makaroni yang telah direbus dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
  6. Untuk sos putih, gunakan api perlahan. Cairkan butter atau marjerin.
  7. Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
  8. Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.
  9. Tambahkan 500 ml air, keju cheddar dan serbuk perasa atau garam.
  10. Masak hingga sos sedikit likat, kemudian masukkan sos karbonara segera dan kacau rata.
  11. Sediakan bekas tahan panas. Masukkan makaroni bersama sos bolognese.
  12. Tuangkan sos putih di atas makaroni. Lagi banyak sos, lagi sedap.
  13. Taburkan keju mozzarella dan sedikit serbuk oregano.
  14. Bakar pada suhu 180°C sehingga keju cair dan keperangan.

Masa membakar:

  • Air fryer: 7–10 minit
  • Oven: 15–20 minit bergantung kepada jenis oven

Sumber: Ana Suzana

Baca juga: Resipi Kuetiau Theng, Makan Waktu Musim Hujan Confirm Tak Cukup Semangkuk

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

9 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

9 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

10 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

10 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

11 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

12 hours ago