
Bila tiba cuti sekolah, pastinya mak-mak yang paling sibuk memasak dari pagi sampai malam. Kalau nak hidangan yang simple tapi sedap, boleh cuba resipi kuetiau theng ini.
Boleh buat banyak sekaligus dan hidangkan untuk makan tengah hari hingga ke malam. Bila nak makan, tinggal panaskan sahaja kuahnya. Dijamin, sekali makan pasti bertambah-tambah!
Baca juga: Resipi Kuetiau Goreng Basah-Basah, Setiap Kali Masak Mesti Licin Punya!
RESEPI KUETIAU THENG

Bahan-bahan sup:
- 3L air
- Tulang rangka ayam + 2 paha ayam
- 2 inci halia
- 2 batang celery
- 1 batang carrot
- 1 batang lobak putih
- 1 biji bawang besar holland
Cara-cara memasak sup:
- Reneh semua bahan selama 1 jam – 1 ½ jam.
- Keluarkan ayam bahagian paha selepas 30 minit untuk elak isi hancur. Carik halus untuk dimakan bersama noodles.
- Dalam resepi asal, ikan kering bakar ditumbuk dan dimasukkan dalam chicken broth untuk rasa lebih umami. Boleh abaikan jika alahan pada bau ikan kering.
- Tumis 5–6 ulas bawang putih sehingga kekuningan.
- Masukkan chicken broth sahaja (sudah ditapis). Reneh sekejap. Tambah garam dan sedikit serbuk perasa.
Bahan-bahan lain:
- Kuetiau halus
- Tauge (celur sekejap supaya masih rangup)
- Daun sup (dicincang halus)
- Chili oil pedas
- Fishcake (dihiris nipis)
- Cili potong dicampur kicap cair masin
Cara menghidang:
- Celup mangkuk dalam air panas mendidih selama 5–6 saat untuk kekalkan suhu panas kuah lebih lama (cara kedai Chinese, Korea & Jepun).
- Susun semua bahan dengan kemas di dalam mangkuk.
- Tapis kuah untuk setiap mangkuk supaya dapat warna sup yang cantik.
- Untuk lebih sedap, hidangkan bersama garlic oil dan scallion oil.
Sumber: Khairuzetti Zaini Collections
Baca juga: Cara Basuh Kuetiau Supaya Tak Lembik Dan Melekat, Barulah ‘Perfect’ Kejadiannya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














