Mood hari ini nak masak makanan Western pula untuk keluarga, tapi tiada idea pula. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba resepi Macaroni Cheese yang mudah dan sedap ini.
Macaroni Cheese atau lebih dikenali sebagai mac and cheese adalah sejenis hidangan pasta popular di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, Kanada dan UK (United Kingdom).
Orang Malaysia juga sukakan makanan Western seperti resepi Macaroni Cheese yang dikongsikan oleh Noratiqah Nordin di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Roti Garlic Dan Sup Cendawan Paling Ringkas, Sesuai Untuk Sarapan
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, rebus macaroni dengan air dan minyak sampai kembang dan ketepikan terlebih dahulu.
2. Kemudian, masukkan susu segar (saya pakai susu full cream, nak ganti dengan cooking cream pun boleh) ke dalam kuali.
3. Selepas itu, masukkan semua cheese slice dan cheese powder (rahsia kesedapan macaroni cheese).
4. Seterusnya, masukkan bahan-bahan herba Itali (parsley, basil, oregano).
5. Kemudian, masukkan macaroni yang sudah direbus tadi.
6. Akhir sekali, gaul sampai sebati. Jika suka banyak kuah, boleh lebihkan susu. Siap untuk dihidang!
Nak lagi sedap, anda boleh letak mozarella cheese dalam resepi Macaroni Cheese ini dan hasilnya akan jadi lebih terangkat. Jika masak untuk anak, pasti mereka makan sampai licin.
Selamat mencuba!
Sumber: Noratiqah Nordin
Baca juga: Spaghetti Aglio Olio Anti Gagal, Ada Cara Untuk Elak Daripada Terhangit
Ikan bakar tomyam boleh dijadikan pilihan lauk untuk makan tengah hari atau makan malam bersama…
Teringin nak makan sizzling yee mee sedap seperti di restoran, tetapi tiada hotplate di rumah?…
Resepi ketam masak cili ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan berkuah pekat…
Nak buat pau sambal homemade yang lembut, gebu dan sedap dimakan panas-panas? Cara buat pau…
Roti poket Doraemon ini menggunakan roti biasa yang dileperkan sebelum diisi dengan inti ayam kisar…
Sambal jawa resepi ini menggabungkan pelbagai bahan seperti tempe, tauhu, kentang dan sayur-sayuran dalam satu…