resepi mac and cheese

Jom kita cuba resepi mac and cheese yang super mudah dan hanya tiga langkah saja. Bayangkan makaroni yang lembut, disalut dengan sos keju yang berkrim, memang menggoda!

Kalau makan di kedai, harganya boleh buat kita berfikir dua kali. Dengan resipi ini, kita boleh nikmati hidangan yang sama dengan kos yang jauh lebih murah. Selamat mencuba!

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Makaroni Goreng Simple, 2 Kali Anak Menambah!

RESEPI MAC AND CHEESE MUDAH & SEDAP

Bahan-bahan:

  • Makaroni secukupnya
  • 1 sudu minyak masak (untuk merebus makaroni)
  • 2 sudu minyak masak (untuk menumis)
  • 2 ulas bawang putih, cincang
  • Protein (isi ayam, hotdog, atau seafood)
  • 1 tin sos mac & cheese
  • Sayur (carrot dan tomato ceri)
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • Oregano atau parsley (jika ada)
  • Mentega (untuk sapu bekas)
  • Keju (parmesan, mozzarella, atau keju keping)

Cara-cara:

  1. Rebus makaroni dan tambah sesudu minyak masak supaya tak melekat.
  2. Dalam kuali, panaskan dua sudu minyak masak, tumis bawang putih cincang, kemudian tambah protein (isi ayam, hotdog, atau seafood ikut suka). Masukkan satu tin sos mac & cheese. Tambah sayur dan sedikit air. Sesuaikan rasa, boleh tambah sedikit garam dan lada hitam. Jika ada oregano atau parsley, lagi sedap! Kemudian, masukkan semula makaroni tadi dan kacau sekata.
  3. Setelah masak, masukkan dalam bekas untuk dibakar. Jika air fryer kecil, guna bekas kecil. Jadi, sesiapa yang nak makan, boleh bakar masing-masing. Sapu sedikit mentega dalam bekas, masukkan mac & cheese tadi, dan taburkan keju. Kalau tak ada parmesan atau mozzarella, boleh guna keju keping, carik-carikkan. Bakar selama 5 minit, siap!

Kredit resipi dan gambar: Wan Erni Suria

Baca juga: Resipi Makaroni Bakar Tanpa Guna Sos Segera, Mudah Je Caranya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN