Nak sediakan juadah raya yang sedap, kenalah cuba resepi Lontong Kuah Lodeh ini yang sentiasa menjadi salah satu hidangan wajib di meja makan pada Hari Raya.
Jika tiada idea hidangan pada Hari Raya, anda boleh gunakan resepi Lontong Kuah Lodeh yang dikongsikan oleh Mariana Zainal di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Masak Soto Ayam Kegemaran Anak, Confirm Hirup Kuah Sampai Licin!
Bahan-bahan untuk kuah:
Sayur-sayuran untuk kuah:
Bahan kisar untuk kuah:
Bahan-bahan untuk sambal kosong:
Bahan kisar untuk sambal kosong:
Bahan-bahan tambahan:
Cara-cara memasak kuah:
1. Masukkan bahan kisar dan serai ke dalam periuk.
2. Masak sampai mendidih guna api sederhana dan sentiasa kacau supaya tak hangus.
3. Masukkan santan, air, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya, kemudian masak sampai naik wap sambil kacau.
4. Masukkan sayur-sayuran dan udang sambil kacau lagi.
5. Apabila kuah sudah masak, masukkan suhun dan fucuk, kemudian masak seketika.
6. Masukkan susu cair dan kacau seketika, kemudian sesuaikan rasa. Siap!
Cara-cara memasak sambal kosong:
1. Masukkan bahan kisar dalam kuali dan masak guna api sederhana.
*Jangan letak minyak sebab sudah kisar dengan minyak tadi, salah satu teknik apabila masak sambal tak terpercik merata.
2. Apabila cili sudah mula masak elok, masukkan bawang hiris, gula pasir, gula merah, air asam jawa dan serbuk perasa, kemudian masak sampai pekat.
3. Apabila sudah pekat, masukkan garam dan sesuaikan rasa, kemudian boleh buang lebihan minyak. Siap!
Selain dimakan bersama nasi impit yang lembut, resepi Lontong Kuah Lodeh ini boleh juga dinikmati bersama ketupat dan rasanya tetap sedap tak terhingga.
Selamat mencuba!
Sumber: Mariana Zainal
Baca juga: Resepi Kuah Lodeh Simple, Guna 4 Langkah Ini Untuk Cepat Masa Pagi Raya
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…