Categories: Resipi

Resipi Lempeng Sedap Tanpa Guna Telur, Tetap Gebu & Lembut Sampai Petang!

Teringin nak makan lempeng tapi kehabisan telur? Jangan risau, mari cuba resepi lempeng tanpa telur ini. Hasilnya, lempeng tetap gebu dan lembut!

Bahan utama untuk membuat lempeng ini juga hanyalah tepung gandum, air, minyak masak dan juga garam.

Jika ada yang mahu mencubanya, mari ikut resipi lengkap perkongsian oleh Puan Muliyana Suhud di bawah. Sesuai dimakan ketika sarapan pagi atau makan malam. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Lempeng Kelapa Parut Lemak Manis, Ada Petua Nak Lagi Sedap & Berlemak

RESEPI LEMPENG TANPA TELUR

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 5 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh garam

Cara memasak:

  1. Satukan semua bahan iaitu tepung gandum, air, minyak masak dan garam di dalam pengisar. Kisar sehingga semuanya bercampur rata dan betul-betul sebati.
  2. Sediakan kuali dan letak 1 sudu minyak masak. Sekatakan minyak dalam kuali tersebut.
  3. Ambil 2 senduk kecil adunan dan tebarkan atas kuali.
  4. Biarkan lempeng sehingga permukaannya mula berlubang dan kekuningan.
  5. Balikkan lempeng dan biarkan menggoreng sehingga kedua belah permukaannya masak dan kekuningan.
  6. Ulang sehingga semua adunan habis.
  7. Lempeng gebu siap dihidangkan dengan pelbagai jenis kari, rendang, atau hidangan lain mengikut selera.
  8. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Muliyana Suhud

Baca juga: Lempeng Guna Daun Pisang, Auto Teringat Nostalgia Zaman Kecil Dulu-Dulu

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago