Categories: Informasi

Bukan Sebarang Ikan, Rupanya Ikan Kembung Ini Ada Banyak Khasiat Untuk Kesihatan!

Ikan kembung dikenali sebagai salah satu ikan yang kaya dengan nutrisi. Ikan ini boleh diolah menjadi makanan yang lazat dan berkhasiat. Ia juga dikenali dengan harganya murah dan mudah didapati.

Maka tidak hairanlah jika jenis ini ikan menjadi pilihan ramai berbanding jenis ikan yang lain. Jika mahu mengetahui apakah kandungan dan manfaat yang boleh didapati dari ikan ini, mari baca artikel di bawah.

Baca juga: 15 Khasiat Air Rebusan Nanas, Minum Hari-Hari Akan Nampak Kesannya!

9 KEBAIKAN IKAN KEMBUNG UNTUK KESIHATAN

1) Meningkatkan kesihatan jantung

Ikan kembung kaya dengan nutrisi baik untuk jantung seperti asid lemak omega-3, magnesium, kalium, dan natrium. Nutrisi ni membantu saluran darah di sekitar jantung berfungsi lebih baik dan kurangkan risiko radang.

Kajian juga mendapati bahawa risiko kematian bagi individu yang menghidap penyakit jantung juga dapat dikurangkan dengan mengamalkan ikan ini secara berkala.

2) Meningkatkan fungsi otak

Asid lemak omega-3 juga terbukti berkesan dalam meningkatkan fungsi otak. Apabila kecerdasan otak meningkat, ia membantu mengurangkan risiko keradangan dalam otak dan membantu dalam pemprosesan maklumat yang lebih cepat oleh otak.

3) Mengurangkan stress

Jika sedang berasa tertekan, pengambilan makanan berkhasiat seperti ikan boleh membantu meredakan tekanan tersebut. Seterusnya tubuh dan minda menjadi lebih tenang.

4) Manfaat Ikan Kembung – Menguatkan sistem imun badan

Jika mengamalkan pengambilan ikan kembung secara berkala, tubuh akan jarang diserang penyakit kerana kandungan selenium dalam ikan berfungsi sebagai antioksidan tubuh. Ini akan merangsang penghasilan sistem imun yang kuat, melindungi tubuh dari radikal bebas dan penyakit.

5) Seimbangkan hormon

Vitamin D dan B12 yang tinggi dalam ikan kembung membantu badan mengekalkan keseimbangan hormon dan menghasilkan sel darah.

Apabila bekalan darah berkurang, badan mungkin kekurangan nutrisi. Oleh itu, elakkan risiko ini dengan makan lebih banyak makanan berkhasiat seperti ikan kembung dan makanan yang tinggi selenium.

6) Mencepatkan penyembukan luka

Makanan tinggi protein seperti ikan kembung boleh membantu badan sembuh lebih cepat dari luka. Makan ikan ini secara berkala dapat mempercepat proses penyembuhan.

7) Menjaga fungsi sistem saraf

Sistem saraf bertugas mengatur segala aktiviti tubuh dan memastikan semuanya berfungsi dengan baik. Ikan ini juga kaya dengan vitamin B12, adalah makanan yang baik untuk menyokong kesihatan sistem saraf dan memastikannya berfungsi dengan baik.

8) Menurunkan paras kolestrol

Kolesterol yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan masalah jantung. Jadi amat penting untuk mengurangkannya supaya badan lebih sihat. Ikan kembung boleh membantu kurangkan kolesterol dan elakkan masalah jantung.

9) Manfaat Ikan Kembung – Menguatkan tulang

Salah satu manfaat ikan ini adalah menyihatkan tulang. Ini kerana ia mengandungi zat fosfor, kalsium, dan vitamin D yang baik untuk kesihatan tulang. Ikan ini juga dapat membantu mengurangkan risiko osteoporosis.

Ikan ini juga kaya antioksidan yang boleh menghalang kanser dan pmemastikan pengeluaran DNA berfungsi dengan baik. Tak hairanlah ramai suka makan jenis ikan ini kerana kaya dengan nutrien.

Sumber: yoona

Baca juga: Khasiat Terung Pipit Yang Ramai Tak Tahu, Salah Satunya Boleh Cegah Penyakit Darah Tinggi!

Wan N

Recent Posts

Resipi Sambal Ayam Bali Ori, Rahsia Sambal Pekat Beraroma Bila Gabung 5 Bahan INI!

Teringin menikmati lauk ayam yang pedas, manis dan berempah? Bolehlah cuba sambal ayam bali yang…

2 mins ago

Resipi Salad Makaroni Buah, Campur Jelly Perisa Anggur Buat Rasanya Lagi Menarik!

Salad macaroni buah antara hidangan yang sesuai dinikmati ketika cuaca panas. Gabungan makaroni lembut, buah-buahan…

14 mins ago

Tak Perlu Berkuah Pun Sedap! Resipi Daging Masak Kicap Kering, Lagi Meriah Dengan Aneka Sayur

Daging masak kicap kering selalunya menjadi pilihan bagi mereka yang gemarkan lauk berperisa tanpa terlalu…

1 hour ago

Resepi Kek Sarang Semut Simple Tanpa Oven, Guna Periuk Nasi Pun Boleh Jadi Gebu Dan Sedap!

Nak makan kek sarang semut yang lembut, manis dan mempunyai tekstur berlubang tetapi tiada oven…

2 hours ago

Hanya 4 Rumah Sembelih Diiktiraf Halal Di Kuala Lumpur, Ramai Mula Persoal Status Ayam Segar

Hanya empat rumah sembelih di Kuala Lumpur mempunyai status halal yang diiktiraf, sekali gus menimbulkan…

17 hours ago

Cara Buat Dimsum Mentai, Inti Ayam Juicy Dengan Sos Berkrim Yang Melimpah!

Resepi dimsum mentai ini sesuai dicuba buat penggemar dimsum yang sukakan gabungan inti ayam lembut…

19 hours ago