Tak kira waktu pagi atau petang, ramai yang suka makan lempeng sambil cicah dengan sambal. Oleh itu, kami nak ajak anda cuba resepi Lempeng lembut tanpa minyak ini.
Lempeng adalah salah satu hidangan tradisional Malaysia kesukaan ramai yang sering dihidangkan untuk sarapan pagi dan minum petang. Selain dibuat secara kosong, ia juga boleh dibuat dengan menggunakan kelapa dan pisang.
Misza Manap telah kongsikan resepi Lempeng lembut di Facebook yang membuatkan ramai tertarik kerana hasilnya cantik dan gebu. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Lempeng Guna Roti Gardenia, Cepat Siap Dengan 5 Langkah!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, campurkan tepung gandum, telur, garam dan marjerin dalam satu bekas.
2. Selepas itu, letak air mengikut tahap cair yang dimahukan
3. Kemudian, gaul adunan sampai sebati.
4. Seterusnya, panaskan kuali dengan menggunakan api paling perlahan.
5. Selepas itu, tuang sesenduk adunan ke atas kuali.
6. Biarkan sebentar dan terbalikkan.
7. Ulang langkah 5 sampai habis adunan. Siap untuk dihidang!
Jika sudah menggunakan marjerin dalam adunan, anda tak perlu lagi menyapu minyak pada kuali kerana Lempeng takkan melekat. Pada masa yang sama, ia membantu menjimatkan minyak masak di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Misza Manap
Baca juga: Lempeng Pisang Kelapa, Orang Dulu Guna Pisang Jenis ‘Ini’ Baru Sedap
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…