resepi lemang

Resepi lemang tradisional biasanya mengambil masa lama untuk dibakar dalam buluh. Kali ini, apa kata kita cuba buat lemang cara moden menggunakan cawan kertas.

Dengan hanya menggunakan pengukus dan cawan kertas, proses penyediaan lemang jadi lebih cepat dan praktikal. Anda boleh hidangkan lemang panas bersama rendang ayam atau lauk kegemaran.

Hanya memerlukan beberapa bahan asas seperti beras pulut, santan, daun pisang dan cawan kertas. Mari kita lihat bahan-bahan dan langkah-langkah lengkap untuk membuat lemang ini di rumah.

Baca juga: Cara Balut Ketupat Palas, Yang Tak Tahu Kena Belajar Buat!

RESEPI LEMANG GUNA CAWAN KERTAS

resepi lemang

Bahan-bahan:

  • ½ kilo beras pulut
  • 1 kilo santan
  • 1 sudu makan garam
  • Daun pisang secukupnya
  • Cawan kertas (sesuai untuk kukusan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendam beras pulut semalaman. Kemudian toskan.
  2. Masukkan santan dalam jug dan tambah garam, kacau hingga sebati.
  3. Panaskan pengukus. Bentukkan gelung daun pisang dan letakkan di dalam cawan kertas.
  4. Masukkan 4 sudu makan beras pulut ke dalam cawan, kemudian curahkan santan sehingga ¾ cawan penuh.
  5. Hentak-hentak cawan sedikit supaya pulut padat. Kukus selama 30 minit.
  6. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan dengan rendang ayam atau lauk kegemaran anda.

Sumber: Sri Diah Shaharuddin

Baca juga: DIY Jimat Balang Kuih Raya Supaya Nampak Manis & Estetik, Confirm Tetamu Puji!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN