Resepi lawa kuinin ini merupakan makanan kampung kegemaran orang dulu-dulu yang berasal dari Negeri Sembilan.
Hidangan ini diberi nama ‘lawa’ mungkin disebabkan oleh warna kuning buah, serta warna merah cili padi dan lain-lain yang sangat serasi bila digabungkan.
Menu ini juga sangat lazat jika diregukan bersama nasi putih, ikan goreng dan sambal belacan. Confirm makan bertambah dibuatnya!
Kebetulan sekarang tengah musim buah kuinin, kalian bolehlah cuba buat menggunakan resipi perkongsian oleh Uwan Nolly Epin di bawah.
Baca juga: Resipi Sambal Bacang Legend, Menu Nostalgia Orang Dulu-Dulu
Bahan-bahan:
Cara membuatnya:
1. Kupas kulit buah kuinin dan hiris kecil.
2. Satukan santan, garam, belacan, bawang besar dan juga cili padi.
3. Gaul dan ramas manja semua bahan sehingga sebati.
4. Selepas itu, masukkan buah kuinin yang sudah dihiris kecil.
5. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.
6. Sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan goreng garing. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Uwan Nolly Epin via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Baca juga: Resipi Kerabu Buah Tembikai ‘Legend’, Lauk Kesukaan Orang Dulu-Dulu
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…
Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…
Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…
Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…
Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…