aglio olio

Resipi aglio olio biasanya guna seafood, tapi rupanya boleh saja guna lauk ayam. Tetap lazat dan nikmat hasilnya.

Tak perlu bahan pelik atau rempah banyak pun. Guna bawang putih, sedikit ayam, sos tiram dan sos tomato pun dah cukup untuk hasilkan rasa yang padu.

Resipi ini boleh ubah ikut cita rasa masing-masing. Kalau suka pedas lebih, letak cili padi banyak sikit.

Baca juga: Resipi Spageti Goreng Daging Ala Tekak Melayu, Ringkas Tapi Buat Bertambah Pinggan!

RESEPI AGLIO OLIO AYAM

aglio olio

Bahan-bahan:

  • ½ pek spaghetti
  • 4 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam (kalau tiada pun tak apa, tetap sedap!)
  • Sedikit ayam, cincang kasar
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Sedikit chilli flakes
  • 5–10 biji cili padi, hiris (ikut tahap pedas yang suka)
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan spaghetti dan rebus selama lebih kurang 8 minit hingga lembut. Toskan dan bilas dengan air sejuk.
  2. Tuang sedikit minyak masak (lebih kurang ½ sudu besar) dan gaul supaya spaghetti tak melekat.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  4. Masukkan ayam cincang, sos tiram, sos tomato, chilli flakes, hirisan cili padi, garam dan minyak tambahan jika perlu. Gaul rata.
  5. Bila ayam dah masak, masukkan spaghetti yang direbus tadi dan gaul hingga sebati.

Sumber: Quince Zoela

Baca juga: Resipi Spageti Kari, Rupanya Ada Rahsia Buat Kuah Lagi Sedap & Lambat Basi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN