lamb skewers

Kalau anda penggemar makanan China, pasti pernah dengar tentang lamb skewers yang cukup terkenal di negara China.

Di daerah Xinjiang khususnya, lamb skewers banyak dijual dalam versi halal dan menjadi makanan jalanan yang cukup digemari.

Daging kambing yang diperap dengan rempah, dicucuk pada lidi, kemudian dibakar sehingga berjus memang antara street food paling ikonik yang wajib dicuba kalau melancong ke sana.

Sekarang, anda tak perlu terbang jauh untuk merasai keenakan lamb skewers ini. Dengan bahan ringkas dan teknik mudah menggunakan air fryer, anda sudah boleh hasilkan sendiri di rumah. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Chili Crab Ala Restoran Cina, Lauk Macam T20 Tapi Semua Orang Boleh Buat!

RESEPI LAMB SKEWERS ALA MAKANAN CINA MUSLIM

lamb skewers

Bahan-bahan:

  • Bahu kambing/lamb shoulder (dipotong kecil)
  • Minyak
  • Bawang holland (diracik halus)
  • Chili flakes
  • Jintan putih (dikisar haus)
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Perap potongan daging kambing dengan minyak dan bawang cincang. Tujuannya untuk melembutkan daging.
  2. Selepas 30 minit, cucuk daging pada lidi sate dan selang-selikan dengan sedikit lemak untuk lebih juicy.
  3. Taburkan garam nipis pada daging. Masukkan ke dalam air fryer dan bakar selama 2-3 minit pada suhu 180°C-200°C. Bila separuh masak, terbalikkan sate dan sambung bakar lagi 2-3 minit.
  4. Taburkan campuran chili flakes dan jintan putih. Bakar lagi 2-3 minit, kemudian terbalikkan sate. Ulang langkah ini sehingga daging masak sekata dan rasa rempah meresap sempurna.
  5. Sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Fikri Hisham

Baca juga: Resipi Beef Noodle Ala Masakan Cina, Lagi Sedap Guna Daging Segar!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN