Lala merupakan salah satu makanan laut yang digemari ramai. Ia boleh diolah kepada pelbagai gaya masakan seperti resepi lala masak tumis ini.
Pastikan anda menggunakan lala yang segar kerana ia akan mengeluarkan rasa manis dan seterusnya menghasilkan masakan yang enak.
Lala juga tidak perlu dimasak terlalu lama kerana akan menyebabkan isinya liat. Sebab itulah lala perlu dimasukkan pada langkah yang terakhir.
Jika ada yang mahu mencuba, jom kita lihat resipi lengkap yang telah dikongsikan oleh Puan Nur Masri di bawah.
Baca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut
RESEPI LALA TUMIS
Bahan-bahan yang dipermukan:
- Lala
- Bawang besar dipotong dadu
- Bawang putih dicincang
- Cili merah dipotong dadu
- Serai dimayang halus
- Halia dimayang
- Kiub pati ayam
Bahan hiasan:
- Daun sup
Cara memasak:
- Tumis bawang putih. Kemudian, masukkan juga bawang besar, halia dan juga serai. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan lala dan kacau sehingga sebati. Masukkan kiub pati ayam, garam dan cili merah. Sambung kacau lagi.
- Tutup seketika. Biarkan lala masak dalam 2 hingga 3 minit.
- Taburkan daun sup. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Nur Masri via Berkongsi Ilmu Kuih Muih dan Masakan (BIKMM)
Baca juga: Hanya Guna Air Menggelegak, Ini Tips Mudah Keluarkan Isi Lala Tanpa Kopek Satu-Satu!