Categories: Resipi

Resepi Laksam Sukatan Cawan, Hasil Cantik, Licin Dan Lembut Dimakan

Peminat laksam wajib cuba resepi Laksam sukatan cawan yang kami nak kongsikan ini kerana hasilnya sangat cantik, licin dan lembut apabila dimakan.

Laksam  dikenali juga sebagai Laksei di Kelantan dan Laksang di Terengganu merupakan sejenis masakan dari Negeri Kelantan yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah.

Tia Rizz telah kongsikan resepi Laksam di Facebook yang menarik perhatian ramai kerana hasilnya sangat menjadi walaupun menggunakan pinggan plastik. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Johor Ini Kongsi Resepi Laksa Johor Original, Hasil Kuah Menjadi!

RESEPI LAKSAM SUKATAN CAWAN

Bahan-bahan laksam (adunan ini boleh dapat dalam 10 batang):

  • 3 cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • 5 cawan air (3 cawan air panas campur 2 cawan air biasa)
  • ½ sudu kecil garam

Bahan-bahan kuah putih:

  • 5 atau 6 ekor ikan kembung (bersaiz sederhana, jangan kecil)
  • 400gm santan kotak brand M&S (2 kotak kecil, kotak warna kuning)
  • 3½ sudu lada hitam (sukatan sudu kfc atau sudu kecil)
  • 2 atau 1½ sudu besar gula (jangan penuh sangat)
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • Ajinomoto (jika mahu)
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya (dalam 2 cawan)

Bahan-bahan ulam (gaulkan):

  • Kacang panjang (dihiris)
  • Bunga kantan (dihiris)
  • Daun kesum (dihiris)
  • Kobis (dihiris)
  • Timun batang (dicincang dan dihiris)
  • Taugeh

Bahan-bahan tambahan (tak nak pun tak apa):

Cara-cara membuat laksam:

1. Mula-mula, satukan kesemua bahan dan kacau sehingga adunan tak berketul. Selepas kacau, tapis adunan.

2. Selepas itu, panaskan pengukus dan letakkan tudung periuk di dalam kukusan bersama sedikit minyak masak (saya guna pinggan plastik saja sebab tiada tudung periuk).

3. Kemudian, masukkan 2 senduk bancuhan ke atas tudung periuk tadi dan kukus sehingga masak dalam 2 hingga 3 minit. Angkat dan biarkan seketika, kemudian baru gulung.

4. Ulang langkah sehingga adunan habis. Siap!

Cara-cara membuat kuah putih:

1. Mula-mula, rebus ikan bersama asam keping dan garam.

2. Selepas itu, ambil isi ikan dan kisar bersama bawang putih, bawang merah dan lada hitam.

3. Akhir sekali, campur semua bahan dalam periuk dan kacau sehingga mendidih. Siap!

Resepi Laksam sukatan cawan ini sesuai juga digandingkan dengan sambal yang anda sukai. Selain itu, gandakan bahan jika nak buat banyak terutamanya untuk jamuan atau potluck.

Selamat mencuba!

Sumber: Tia Rizz

Baca juga: Resepi Laksa Sarawak Paling Asli, Kuah Dijamin Tiada Rasa Jamu

Aimi

Recent Posts

Nasi Goreng Sambal Belacan, Nasi Lebih Boleh Buat Resipi Mudah Ini!

Kalau singgah kedai tomyam, menu yang tak asing lagi mestilah nasi goreng sambal belacan. Hari…

3 hours ago

10 Jenis Ikan Sedap Digoreng, No. 5 Paling Ramai Suka Masak Di Rumah!

Sesiapa pun takkan menolak untuk makan ikan goreng yang ringkas dan mudah dimasak. Jangan tak…

7 hours ago

Resipi Apam Berkuah, Kuih Lama Yang Penuh Rasa Lemak Berempah!

Apam berkuah adalah salah satu kuih kampung yang paling popular. Dalam artikel ini, kami akan…

7 hours ago

Cara Orang Bujang Buat Mango Cheesecake, Tak Perlu Bakar Atau Kukus!

Walaupun tiada oven atau air fryer, anda masih boleh buat pencuci mulut di rumah dengan…

9 hours ago

Cara Nak Buat Dadih Gedik, Punyalah Sedap Sampai Mak Kata Boleh Buat Niaga

Pernah nampak orang jual dadih di pasar malam atau media sosial, lembut berkrim sampai tertanya-tanya…

9 hours ago

Cendawan Busut Goreng Kunyit, Rasa Kenyal Dan Manis!

Anda pernah rasa cendawan busut goreng kunyit? Cendawan busut adalah salah satu jenis cendawan yang…

9 hours ago