Categories: Resipi

Cara Orang Bujang Buat Mango Cheesecake, Tak Perlu Bakar Atau Kukus!

Walaupun tiada oven atau air fryer, anda masih boleh buat pencuci mulut di rumah dengan mengikut resipi Mango Cheesecake stail orang bujang yang sungguh lazat.

Mango Cheesecake ialah sejenis kek keju dengan rasa mangga segar yang terdiri daripada lapisan tapak biskut, lapisan keju krim, krim putar, gula, dan puri mangga, serta lapisan puri mangga atau hirisan mangga segar.

Mohamad Irman Khairruddin telah kongsikan air tangan orang bujang dalam membuat Mango Cheesecake di Facebook yang mudah sehingga dapat hasil menjadi. Jom kita cuba!

Baca juga: Burnt Cheesecake Air Fryer Anti Gagal, Resipi Ini Boleh Siap Dalam 30 Minit!

RESIPI MANGO CHEESECAKE

Bahan-bahan (bahagian bawah):

  • 70 gram butter (cairkan)
  • 30 keping biskut (tak kisah jenama apa, janji biskut tawar)

Bahan-bahan (bahagian tengah):

  • 250 gram cream cheese
  • 200 ml whipped cream
  • 80 gram gula
  • 1½ sudu makan gelatin
  • Perahan lemon (mengikut citarasa)
  • 1 biji mangga yang dikisar (tapis dan bahagikan kepada 2 bekas)
  • Mango puree (topping)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, hancurkan biskut dan masukkan butter yang telah dicairkan, kemudian gaul serta letak ke dalam loyang.

2. Gunakan mangga yang telah dikisar tadi dan masak bersama gelatin atau serbuk agar-agar dengan air panas sehingga menjadi likat dan larut.

3. Campurkan cream cheese, gula, perahan lemon dan mango puree, kemudian pukul sehingga kembang.

4. Guna mangkuk lain, pukul whipped cream, gula (terpulang nak letak atau tak), perahan lemon dan campur gelatin atau serbuk agar-agar yang telah dicairkan, kemudian pukul sehingga kembang lagi.

5. Campur kedua-dua langkah 3 dan 4 secara secara kaup balik secara sebati, kemudian masukkan ke dalam loyang.

6. Akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk dan biarkan selama beberapa jam. Siap untuk dinikmati!

Jika anda tiada idea pencuci mulut untuk jamuan atau potluck, bolehlah cuba buat Mango Cheesecake ini. Makan sejuk-sejuk, memang nikmat tak terhingga.

Selamat mencuba!

Sumber: Mohamad Irman Khairruddin

Baca juga: Cara Buat Kek Mangga Cheese Tanpa Bakar, Rasa Sebijik Macam Aiskrim!

Aimi

Recent Posts

Ayam Gunting Dengan Isi Tebal & Salutan Rangup Ikut Selera, Buat Sendiri Lagi Puas!

Resipi ayam gunting rangup ini sesuai untuk anda yang sering geram apabila salutan tepung terlalu…

9 hours ago

Ini Cara Buat Mi Kuah Daging Yang Menggiurkan, Hasilnya Sedap Sampai Licin Semangkuk!

Kalau sedang mencari idea menu yang berkuah dan mengenyangkan, mi kuah daging ini boleh dicuba.…

9 hours ago

Resipi Nasi Dagang Yang Lembut Berderai, Lengkap Dengan Gulai Ikan & Acar Timun

Kalau teringin nasi dagang Terengganu yang lengkap, hidangan ini boleh dibuat sendiri di rumah. Nasi…

16 hours ago

“Sehari Rajin, Sebulan Malas” – Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak 2-3 Kali Sehari Walaupun Bekerja

Bagi wanita yang bekerja, nak masak setiap hari memang boleh jadi satu cabaran, lebih-lebih lagi…

16 hours ago

Tak Perlu Rempah Korea, Resepi Sundubu Jjigae Ini Guna Bahan Yang Ada Di Rumah Sahaja!

Resepi sundubu jjigae ini sesuai untuk dicuba di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah ditemui…

16 hours ago

Rahsia Kek Pisang Marble Lembut, Gebu & Moist, Cantik Coraknya Bila Dipotong!

Kek pisang marble ini sesuai dibuat kalau ada pisang yang sudah masak di rumah. Teksturnya…

16 hours ago