
Peminat laksam wajib cuba resepi Laksam Kelantan yang original ini. Bukan saja kuahnya nampak pekat dan cantik, malah lemaknya memang kena dengan selera.
Dengar namanya saja, sudah tahu ia merupakan hidangan tradisional dari negeri Kelantan. Laksam ini unik berbanding laksa lain, kuahnya berwarna putih atau kelabu pucat.
Cheyah Saripuddin telah kongsikan resepi Laksam Kelantan original di Facebook yang hasilnya cukup menyelerakan dan membuatkan ramai terliur. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Laksam Sukatan Cawan, Hasil Cantik, Licin Dan Lembut Dimakan
RESEPI LAKSAM KELANTAN

Bahan-bahan laksam:
- 3 cawan tepung beras
- ½ cawan tepung gandum
- 1 liter air suam
- Secubit garam
Bahan-bahan kuah lemak laksam:
- 10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi saja)
- 1 santan kotak jenama Adabi
- 3 cawan air putih
- 5 ulas bawang merah
- 2 keping asam keping
- 1 sudu lada hitam (lebih baik guna biji supaya kuahnya cantik)
- 2 sudu kecil garam
- 2 sudu makan gula
Bahan-bahan sambal jantan:
- 12 hingga 15 biji cili padi
- ½ sudu kecil garam
- 1 sudu kecil gula
- 2 sudu makan cuka
Bahan-bahan ulam-ulaman:
- Kubis
- Kacang panjang
- Timun
- Taugeh
Cara-cara membuat laksam:
1. Sapu sedikit minyak pada loyang atau tudung periuk.
2. Campur semua bahan dan kacau sampai sebati dan tak berketul (nak tapis lagi elok sebab takut tertinggal ketulan yang tak nampak).
3. Panaskan pengukus dan letak loyang, sapu minyak masak baru masukkan dua senduk adunan tadi.
4. Kukus dalam 3 minit ataupun nampak adunan gelembung.
5. Angkat dan dirikan sekejap dalam seminit, kemudian boleh gulung seperti dalam gambar di bawah.

Cara-cara membuat kuah lemak laksam:
1. Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
2. Kisarkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
3. Masak guna api kecil saja. Setelah mendidih, masukkan gula dan garam. Kacau sampai betul-betul masak.
Cara-cara membuat sambal jantan:
1. Tumbukkan cili bersama gula dan garam.
2. Setelah hancur dan nampak sedikit lumat, masukkan cuka.
Setelah siap buat resepi Laksam Kelantan ini, anda boleh hidangkannya dengan sempurna di meja makan. Tambahan pula, resepi ini sesuai sebagai hidangan tetamu yang datang ke rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Cheyah Saripuddin
Baca juga: Laksa Siam Dengan Kuah Pekat Berlemak, Sumpah Sedap Sampai Mengidam!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













