Laksa merupakan salah satu makanan popular di Malaysia. Ramai yang sudah pandai memasaknya, namun siapa yang tidak pandai, boleh dapatkan resepi laksa menerusi carian di Google saja.
Namun begitu, tidak semua orang pandai membuat kuah yang betul-betul sedap dan tidak berbau hanyir.
Tapi jika anda mencuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Ameera ini, pasti boleh boleh hasilkan kuah laksa yang dijamin sedap! Beliau turut berkongsikan resipi langkah demi langkah untuk rujukan anda semua.
Menurutnya lagi, resipi ini merupakan hasil ajaran oleh ibunya. Jadi, mari kita ikuti perkongsian olehnya di bawah.
Baca juga: Laksa Sarawak Mudah Dan Ringkas Guna Pes Segera, Memang Sedap!
1. Cuci bersih ikan kembung. Kemudian rebuskan. Air rebusannya buang ya.
2. Kemudian kisar ikan termasuk kepala dan tulangnya.
3. Selepas siap dikisar, tapiskan untuk membuang segala tulang.
4. Tuangkan ke dalam mangkuk bersih. Tambahkan juga sedikit air.
5. Kisar belacan, cili kering, cili merah, cili padi dan bawang besar.
6. Kemudian tuangkan bahan kisar tadi ke dalam kuali.
7. Letakkan juga segenggam asam keping yang sudah dibasuh bersih.
8. Masak sehingga menggelegak sambil dikacau.
9. Kemudian tuangkan ikan yang sudah dikisar dan ditapis tadi.
10. Terus masukkan daun kesum dan bunga kantan. Perasakan dengan garam secukup rasa.
11. Kacau rata dan biarkan menggelegak.
12. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Ameera
Baca juga: Cara Buat Laksa Kedah Padu, Sedap & Likat. Memang Kaw Punyalah!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…