mee pangkor

Laksa mee pangkor tidak asing lagi dalam kalangan orang Perak terutamanya orang Pangkor, Lumut, Pantai Remis dan sekitarnya. Jika di tempat lain mungkin agak sukar untuk jumpa laksa mee pangkor ini.

Oleh sebab itu, pasti ada warga negeri Perak yang menetap di luar negeri ini yang merindui nak makan. Jadi, apa kata jom kita cuba masak sendiri di rumah menggunakan resipi di bawah.

Baca juga: Tip Mi Bandung Sedap, Wajib Letak 1 Bahan Rahsia Ini

RESEPI LAKSA MEE PANGKOR

mee pangkor

Bahan A:

  • Laksa mee

Bahan B (sup ketam/sup udang lipan/sup ikan):

  • Ikan kembung
  • Daun sup
  • Bawang putih
  • Bawang merah

Bahan C:

  • Kacang panjang
  • Bawang putih

Bahan D:

  • Udang
  • Cili giling
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan yang dibakar
  • Asam keping

Cara memasak:

1. Cara membuat kuah, rebus ikan kembung bersama asam keping dan garam. Angkat ikan dan perisi isi ikan. Dan letak semula ke dalam air rebusan tadi.

Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris halus. Tumis sehingga garing dan masukkan ke dalam air rebusan tadi (teknik tumis darat). Taburkan daun sup serta perasakan dengan garam dan sedikit gula. Siap kuah ala-ala sup ikan kembung.

2. Cara memasak sayur, potong halus kacang panjang. Panaskan sedikit minyak masak, masukkan bawang putih yang diketuk dan letak sedikit garam. Goreng sekejap sahaja, jangan sampai kacang panjang layu.

3. Cara penyediaan sambal, panaskan minyak dan masukkan cili yang sudah dikisar. Goreng sehingga garing. 

Kemudian, goreng sehingga garing dan masukkan pula bawang putih yang dibelah dua. Bila sambal hampir masak, lenyek bawang putih yang dibelah tadi untuk menaikkan lagi bau aromanya.

Masukkan sedikit belacan yang dibakar dan juga asam keping. Setelah itu, apabila cili sudah hampir masak, masukkan isi udang serta perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa.

4. Rebus mee seperti biasa dan sedia untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera!

mee pangkor

Kredit resipi dan gambar: Lina Alias

Baca juga: Mi Goreng Lada Hitam, Resipi Campak-Campak Tapi Rasa Mantap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN