Mesti korang dah biasa makan kek batik letak Milo kan, tapi kali ini kita variasikan kek batik menjadi warna hijau dan rasanya yang berbeza. Nama kek batik ini terkenal dengan panggilan kek batik lumut atau nama lainnya kek batik pandan Horlicks. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Dapur Berasap di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KEK BATIK LUMUT

Mesti korang dah biasa makan kek batik letak Milo kan, tapi kali ini kita variasikan kek batik menjadi warna hijau dan rasanya yang berbeza. Nama kek batik ini terkenal dengan panggilan kek batik lumut atau nama lainnya kek batik pandan Horlicks. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Dapur Berasap di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 cawan mentega

  • 3 sdb susu pekat

  • 1 cawan susu cair

  • 1 cawan Nestum

  • 3/4 cawan Horlick

  • 1/2 sdk pewarna hijau

  • 1 sdb emulco pandan coconut

  • 1 bungkus biskut Marie (50-60 keping)

Kredit: Dapur Berasap

CARA PENYEDIAAN
  • Patahkan biskut Marie dan ketepikan.

  • Cairkan mentega dengan menggunakan api perlahan.

  • Masukkan susu cair, susu pekat emulco dan kacau sebati.

  • Masukkan Nestum yang sudah dikisar dan Horlicks kacau hingga sekata untuk mengelakkan daripada berketul.

  • Masukkan pewarna hijau dan biskut Marie, gaulkan sekata.

  • Sediakan loyang, alaskan plastik nipis dan padatkan bersama biskut Marie.

  • Biarkan di dalam peti ais selama 2 jam dan baru boleh dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN