lai chi kang

Air Lai Chi Kang sangat nikmat diminum ketika berbuka puasa. Selepas seharian menahan dahaga pada musim panas ini, ia turut memberikan rasa manis dan kesegaran melalui buah-buahan yang terdapat di dalamnya.

Cara membuatnya juga tidak sukar mana jika anda menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Puan Salizawati Salleh di bawah. Kalau buat sendiri, boleh letak apa-apa inti yang kita suka. Jom cuba!

Baca juga: Rahsia Kopi Ais Yang Sedap Kaw Kaw, Memang Rasa Puas Bila Minum!

RESEPI LAI CHI KANG HOMEMADE

Bahan-bahan:

Longan kering
– Buah kembang semangkuk
– Gula kabung /gula merah
– Barli
– Gula batu (jika ada)
– Biji selasih
Buah kundur
– Buah kabung (empunya resipi tapis dan rendam air baru)

Nota: Sukatan anggaran ikut suka. Boleh juga tambah buah goji, kurma cina, buah teratai, telur puyuh, fungus dan apa-apa saja yang disukai.

Cara-cara:

1. Rendam semua bahan ini. Biar kembang seketika. Sambil tunggu kembang, boleh masak benda lain atau buat kerja dulu.

lai chi kang

2. Jika kembang semangkuk ini sudah kembang, buang terus bijinya supaya senang minum. Jangan hancurkan, biar berselirat lagi.

3. Rebus gula kabung, gula batu, daun pandan, bali dan longan kering. Jika guna gula merah, pastikan larut dan tapis dulu sebab kadangkala ada habuk gulanya.

4. Rebus bahan-bahan tadi dan biarkan hingga mendidih.

lai chi kang

5. Jikalongan dan barli sudah kembang, masukkan biji selasih dan kembang semangkuk. Kacau sekejap dan tutup api.

6. Kemudian masukkan buah kundur yang dipotong dadu dan buah kabung. Kacau lagi.

7. Dah siap. Kompem puas hati buat sendiri. Boleh minum panas atau sejuk. Selamat mencuba!

lai chi kang

Kredit resipi dan gambar: Salizawati Salleh via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Air Teh Kacukan Guna Resipi Chef Dave, Mengancam Tekak Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN