resepi labu sira

Resepi labu sira ini cukup disukai ramai. Rasanya yang manis, teksturnya lembut tetapi tidak hancur, serta kuahnya yang pekat membuatkan pencuci mulut ini memang digemari ramai.

Walaupun nampak ringkas, sebenarnya ada beberapa teknik penting untuk memastikan sira labu menjadi cantik dan tidak lembik.

Salah satu petuanya ialah merendam labu dengan air kapur supaya isi labu lebih pejal ketika dimasak bersama gula.

Jika anda teringin membuat sira labu yang cantik, berkilat dan pekat manis seperti peniaga jual di gerai kuih, boleh cuba resipi mudah di bawah ini.

Baca juga: Resipi Pulut Panggang Inti Serunding Kelapa Udang Kering, Boleh Buat Awal & Frozenkan Untuk Raya

RESEPI LABU SIRA

resepi labu sira

Bahan-bahan:

  • 3 biji labu (dipotong sederhana besar)
  • 1 kg gula
  • 5 keping nise kerek (gula melaka keping)
  • 3 sudu kecil garam
  • 3–4 helai daun pandan
  • Sedikit air
  • Air kapur secukupnya (untuk merendam)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kupas kulit labu dan potong mengikut saiz yang sesuai. Rendam labu bersama air kapur selama kira-kira 1 jam.
  2. Selepas itu, basuh labu beberapa kali sehingga bersih bagi menghilangkan rasa kapur.
  3. Masukkan labu ke dalam periuk bersama gula, nise kerek, garam dan daun pandan.
  4. Tuangkan sedikit air sahaja kerana labu akan mengeluarkan air semasa dimasak.
  5. Masak menggunakan api sederhana dan tutup periuk. Biarkan selama kira-kira 30 minit sehingga kuah menjadi pekat dan labu lembut.
  6. Apabila kuah sudah mula memekat dan labu kelihatan berkilat, sira labu sudah siap untuk dihidangkan.

Sumber: Siti Qeesyara Salleh

Baca juga: Resipi Sagu Bunga Telang Gula Melaka Yang Lemak Manis Berkrim, Cantik Berkilat Macam Mutiara Biru!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN