Resepi kuzi ayam merupakan masakan istimewa orang Kelantan yang dimasak hanya pada hari tertentu kerana agak renyah untuk memasaknya.
Buat sesetengah orang, hidangan ini merupakan menu yang sangat rare bagi mereka kerana jarang jumpa selain di negeri pantai timur.
Kuzi ayam biasanya dihidang sewaktu hari raya dan dinikmati dengan roti jala dan juga roti biasa sahaja. Nak makan dengan nasi putih pun boleh.
Baca juga: Resipi Rendang Sukatan 1/2 Ekor Ayam, Ini Petua Supaya Tahan Lama
1. Cuci bersih ayam. Rebus terlebih dahulu, kemudian digorengkan. Bila dah siap goreng, angkat dan ketepikan. Simpan minyak sisa goreng ayam untuk menumis nanti.
2. Hiris mayang bawah merah dan goreng dalam minyak panas. Bila dah siap goreng, kemudian kita kisar pula. Ketepikan.
3. Tumis bawang putih dan halia menggunakan minyak sapi dan minyak goreng ayam tadi. Tumis sehingga naik bau.
4. Kemudian, masukkan rempah kuzi dan tumis lagi sehingga masak dalam 20 minit.
5. Bila rempah kuzi dah masak elok, masukkan bawang goreng yang sudah digoreng dan dikisar tadi. Tambahkan air secukupnya.
6. Masukkan susu cair, susu pekat dan tos tomato. Ubah kuantiti bahan mengikut kesesuaian rasa.
7. Gaul sebati dan biarkan sehingga mendidih. Bila dah mendidih, baru masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.
8. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Halia Ab Hamid
Baca juga: Jenis Rendang Yang Ada Di Malaysia Mengikut Negeri, Banyak Variasi Rupanya!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…