Cara buat inti karipap memang cukup mudah, tapi tak ramai yang tahu resepi kulit karipap yang anti melekat, rangup dan tak berminyak apabila digoreng.
Resipi lain biasanya hanya menggunakan 2 jenis tepung. Tetapi berbeza dengan resipi ini yang menggunakan 3 jenis tepung.
Jika ada yang mahu mencuba buat kulit karipap versi ini, boleh ikuti resipi lanjut di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Mudah Buat Karipap Kampung Macam Orang Tua Dulu-Dulu, Sedap Dia Lain Macam
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, tepung ubi, garam dan gula. (garam dan gula dilarutkan terlebih dahulu)
2. Masukkan planta dan minyak masak ke dalam campuran bahan-bahan tepung tadi. Gaul sehingga sebati.
3. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga sebati.
4. Perapkan doh yang telah siap selama 30 minit untuk menjadikannya sebati dan lembut.
5. Tutupkan denganĀ plastic wrap supaya tidak terdedah kepada udara untuk mengelakkan doh menjadi kering.
6. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Chefninja via Resepi Sana Sini
Baca juga: Cara Buat Karipap Pusing Yang Sangat Mudah, Serius Sedap & Confirm Jadi!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…