Categories: Resipi

Resepi Kuih Vadai Rangup, Petua Kisar & Tapis Kacang Dal Buat Kuih Jadi Lagi Gebu!

Buat peminat kuih tradisional, anda tak boleh lepaskan peluang untuk cuba resepi Kuih Vadai ini kerana hasilnya yang garing di luar dan lembut di dalam yang cukup menyelerakan.

Kuih Vadai atau disebut juga sebagai vada, wada dan vadey merupakan sejenis kudapan tradisional masyarakat India Selatan yang sangat popular di Malaysia.

Rafidahwati Ahmad Nazri telah kongsikan resepi Kuih Vadai di Facebook yang digunakan untuk berniaga sampai dapat pujian ramai dan laku keras. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Roti Puri Tanpa Guna Yis, Dah Sejuk Pun Tetap Kembang Elok

RESEPI KUIH VADAI

Bahan-bahan:

  • 500g kacang dal australia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 2 biji bawang besar (dimayang nipis)
  • 3 biji cili merah (dihiris nipis)
  • 1 sudu teh garam halus
  • Serbuk perasa
  • Daun kari (diracik halus)

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, rendam kacang dal australia sekurang-kurangnya 3 jam. Jika rendam sekejap, kacang jadi kasar, kurang sedap dan tak gebu.
  2. Kisar halus kacang dengan air sampai kacang tenggelam (jangan masuk banyak-banyak nanti blender tak jalan, buat sedikit demi sedikit.
  3. Tuang kacang kisar dalam penapis yang agak rapat lubangnya. Bawah penapis letak besen sebagai lapisan untuk menakung air dan kanji kacang.
  4. Setelah siap, biarkan sekejap dalam 10 minit, baru tuang air yang sudah ditapis.
  5. Apabila air dibuang akan nampak kanji kacang, biarkan lagi sekurang-kurangnya 2 jam.
  6. Selepas 2 jam, masukkan cili, daun kari, bawang, jintan manis, garam dan serbuk perasa.
  7. Ambil kanji yang tinggal dalam besen, campurkan sekali dan gaul rata semuanya.
  8. Akhir sekali, boleh goreng sampai agak garing.

Sebagai tips tambahan, resepi Kuih Vadai ini tak menggunakan tepung sama sekali. Jadi bagi memastikan kuihnya tak pecah semasa goreng, pastikan kacang dikisar dengan halus.

Selamat mencuba!

Sumber: Rafidahwati Ahmad Nazri

Baca juga: Resepi Pani Puri, ‘Street Food India’ Ini Sekali Suap Terus Melimpah Segala Rasa!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

3 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

4 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

4 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

5 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

5 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

8 hours ago