Resepi kuih ulat bulu ini seakan sama seperti kuih onde-onde, namun bentuknya agak berbeza kerana sedikit bujur.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa kuih ini diberi nama ‘ulat bulu’. Ianya mungkin kerana taburan kelapa yang membaluti kuih tersebut yang seakan sama seperti ulat bulu.
Sebenarnya, nama kuih ini juga telah digunakan sejak azali lagi oleh nenek moyang sejak zaman-berzaman hingga melekat sampai sekarang.
Oleh itu, jangan takut untuk menikmati kuih ini kerana kelazatannya tidak selari dengan nama yang diberikan. Nama pelik tapi sedap!
Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Kacang Merah Lembut Bergedik, Kenyal-Kenyal & Lemak Manis!
RESEPI KUIH ULAT BULU
Bahan-bahan yang diperlukan:
– 1 ½ cawan tepung pulut
– 1 sudu besar tepung gandum
– 1 sudu teh air kapur
– Air secukupnya
– Sedikit pewarna pilihan
– Inti kacang merah
Cara-cara:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan air kapur. Kacau rata.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga menjadi adunan yang tak melekat di tangan.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan. Uli sehingga warna sebati.
4. Ambil sedikit adunan, letakkan inti dan bulat-bulatkan. Kemudian, gelekkan dengan kedua tapak tangan sehingga menjadi bentuk bujur memanjang. Buat sehingga habis adunan.
5. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan adunan yang dibentuk tadi, rebus sehingga timbul.
6. Angkat dan masukkan ke dalam bekas yang mengandungi kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Salut kuih dengan kelapa sehingga rata.
7. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Shah Shatry via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Baca juga: Resipi Kuih Lepat Sagu Yang Lemak-Lemak Manis, Cara Mudah Tak Perlu Kukus!