Resepi kuih tiram atau kuih lidah buaya ini sangat mudah untuk dicuba. Ia juga salah satu kudapan yang laku keras setiap kali tiba musim perayaan.
Kalau buat sendiri lagi jimat kerana harga di pasaran boleh tahan mahal juga. Lagipun, cara membuatnya sangatlah ringkas jika rujuk resipi yang dikongsikan oleh Azwani Crochet di bawah.
Baca juga: Peniaga Ini Kongsi Rahsia Popia Sira Kekal Rangup Selepas Disira, Cantik Berkilat Elok!
Bahan-bahan:
– Tepung gandum 1 paket
– Marjerin setengah cawan
– Telur 1 biji
– Garam 2 sudu teh
– Air secukupnya
– Tepung jagung
– Minyak masak
Cara-cara:
1. Untuk membuat bancuhan tepung, satukan tepung gandum, marjerin, telur dan garam. Gaul sehingga rata.
2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi lembut untuk dicanai.
3. Jika adunan tidak melekat pada tangan, tandanya adunan sudah menjadi.
4. Untuk membuat bancuhan lapisan minyak pula, satukan tepung jagung dan minyak. Pastikan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
5. Canai tepung nipis mengikut ketebalan yang diinginkan. Boleh guna penggelek atau mesin.
6. Kemudian, sapu rata bancuhan lapisan minyak. Gulungkan.
7. Potong serong menggunakan pisau.
8. Gelek nipis sebelum digoreng.
9. Apabila sudah siap digoreng, sejukkan terlebih dahulu sebelum digaul dengan gula.
10. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Azwani Crochet via Berkongsi Ilmu Kuih Muih dan Masakan (BIKMM)
Baca juga: Resipi Bepang Kacang Tanah Guna 4 Bahan, Rangup & Tak Jemu Makan
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…