Categories: Resipi

Kuih Talam Vanilla Coklat, Resipi Mudah Guna Sukatan Cawan

Resepi kuih talam ini menggabungkan lapisan vanilla dan lapisan coklat yang sedap. Memang unik dan jarang ditemui.

Lapisan bawah menggunakan campuran tepung beras, tepung jagung, dan santan pekat, yang memberikan tekstur kenyal dan rasa yang lembut.

Manakala, lapisan atas pula dibuat dengan campuran coklat dan santan yang memberikan tambahan rasa coklat yang lazat dan berlemak.

Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Ana Makhtar di bawah.

Baca juga: Resipi Kuih Nagasari Versi Talam Yang Lemak-Lemak Manis, Lembut & Kenyal!

RESEPI KUIH TALAM VANILLA COKLAT

Bahan lapisan bawah:

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 biji telur (pukul sedikit)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit garam

Cara membuat lapisan bawah:

1. Satukan semua jenis tepung dalam mangkuk.
2. Masukkan sedikit garam, gula, telur, dan santan. Gaul sebati dan tapiskan.
3. Masukkan adunan ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana sehingga naik wap. Sentiasa kacau menggunakan whisk supaya tidak berketul.
4. Alaskan loyang 10×10 inci dengan plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

Nota: Setiap 10 minit, buka penutup kukus dan lapkan air yang terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit untuk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih.

Bahan untuk lapisan atas:

  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar serbuk koko (dibancuh dengan 4 sudu besar air suam)
  • 1 sudu kecil coklat emulco

Cara membuat lapisan atas:

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali coklat emulco dan serbuk koko. Gaul sebati atau, untuk memudahkan, blend kesemuanya.
2. Masukkan adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap menggunakan api kecil.
3. Cakar sedikit permukaan lapisan bawah yang telah dikukus tadi, kemudian tuangkan adunan coklat ke atasnya. Kukus selama 20 minit.

Nota: Kukus selama 10 minit, buka penutup kukus, lapkan air yang terdapat pada penutup kukus, kemudian kukus lagi selama 10 minit.

Tips: Pastikan setiap lapisan dikukus dengan sempurna untuk mendapatkan tekstur yang baik.

Kredit resipi dan gambar: Ana Mahtar

Baca juga: Kuih Talam Seri Muka Pandan, Resipi Dijamin ‘Anti-Gagal’ & Lembut Elok!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago