kuih gandos

Pernah dengar tentang kuih gandos atau juga dikenali sebagai kuih pancong? Bagi kita di Malaysia, nama kuih tradisional dari Indonesia ini mungkin agak asing, namun sebenarnya ia mempunyai peminat tersendiri di Malaysia.

Kuih ini diperbuat daripada adunan tepung gandum atau tepung beras, santan (atau air kelapa) dan kelapa parut. Kuih ini dimasak menggunakan acuan khas dan memiliki tekstur luar yang garing dengan bahagian dalam yang lembut serta berlemak.

Membayangkan aromanya ketika dibakar panas-panas pun dah cukup buat kecur liur, apatah lagi dengan teksturnya yang rangup di luar tetapi kekal lembut dan basah di dalam. Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Kuih Ketayap Gebu & Wangi Pandan, Guna Sukatan Cawan Saja Senang Nak Ikut!

RESEPI KUIH GANDOS RANGUP DI LUAR DAN LEMBUT BERLEMAK DI DALAM

kuih gandos

Bahan-bahan:

  • 250 gram tepung beras
  • 250 gram kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 650 ml santan
  • 2 hingga 3 helai daun pandan
  • Gula pasir secukupnya (untuk ditabur di atas kuih)
  • Pilihan topping (keju parut, coklat rice atau coklat parut)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan santan dan daun pandan ke dalam periuk. Panaskan seketika sehingga naik wap dan beraroma wangi. Jangan biarkan santan mendidih terlalu lama atau pecah minyak.
  2. Angkat dan biarkan santan sejuk sehingga suam.
  3. Dalam bekas besar, satukan tepung beras, tepung gandum, kelapa parut dan garam. Gaul sehingga sebati.
  4. Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul. Pada peringkat awal, gaul seperti menguli supaya semua bahan bercampur rata.
  5. Setelah adunan mula sebati, teruskan menambah baki santan sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang licin tanpa ketulan.
  6. Rehatkan adunan selama kira-kira 15 minit.
  7. Panaskan acuan kuih gandos atau acuan pukis. Sapukan sedikit marjerin pada permukaan acuan.
  8. Tuangkan adunan sehingga hampir penuh dan tutup acuan.
  9. Apabila kuih hampir masak, taburkan gula pasir di atas permukaannya. Jika suka, boleh juga ditambah keju atau coklat.
  10. Tutup semula acuan dan biarkan sehingga kuih masak sepenuhnya.
  11. Angkat dan hidangkan ketika masih panas untuk menikmati tekstur yang paling sedap.

Sumber: Nor Sheemz

Baca juga: Resipi Paung Goreng Inti Ikan Tradisional Terengganu, Kuih Rare Susah Jumpa Tapi Sedap Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN