resepi kuih cara berlauk

Dalam banyak-banyak kuih tradisional yang ada, ramai teringin tahu resepi Kuih Cara Berlauk yang lazat dengan inti yang melimpah ruah.

Oleh itu, kami kongsikan resepi Kuih Cara Berlauk daripada Nur Masri di Facebook untuk anda buat di rumah. Jom cuba!

Baca juga: Kuih Koci Kelantan, Kukus 4 Minit Je Tapi Hasil Jadi Gemuk Manis

RESEPI KUIH CARA BERLAUK

resepi kuih cara berlauk

Bahan-bahan inti:

  • 450g ayam atau daging kisar
  • Sebiji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 ulas bawang merah (dikisar)
  • Sedikit halia (dikisar)
  • 5 sudu besar rempah kari daging
  • Garam, perasa, gula secukupnya

Cara-cara penyediaan inti:

1. Panaskan minyak.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar sehingga naik bau.

3. Masuk rempah kari, kacau rata sehingga hingga garing dan naik minyak.

4. Masukkan daging atau ayam yang dikisar.

5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

6. Masak sehingga kering sedikit.

7. Angkat dan toskan lebihan minyak.

Bahan-bahan kuih cara:

Bahan-bahan hiasan:

Cara-cara penyediaan kuih cara:

1. Satukan semua bahan kuih cara, blend dan tapis.

2. Panaskan acuan, sapu minyak pada acuan.

3. Pastikan acuan betul-betul panas baru tuang adunan ke dalam acuan. Jika tak betul-betul panas nanti melekat.

4. Apabila bahagian tepi sudah nampak masak baru letak inti, cili dan daun sup. Inti akan tenggelam di bahagian tengah.

5. Tutup dengan tudung periuk supaya cepat masak.

6. Apabila kuih masak bahagian tepi akan nampak renggang dari acuan, bolehlah cungkil dengan lidi untuk keluarkan kuih daripada acuan. Siap untuk dihidang!

resepi kuih cara berlauk

Selain inti ayam atau daging, anda juga boleh gunakan inti serunding dalam resepi Kuih Cara Berlauk ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Kuih Dangai Kukus, Guna 4 Bahan Ringkas Tapi Hasil Lembut Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN