Momen paling seronok bagi seorang ibu adalah apabila anak memuji kuih yang dibuat sedap. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Kuih Bom manis yang pasti memikat selera anak.
Kuih Bom antara kuih tradisional yang tak lapuk dek zaman. Bentuknya bulat, bersalut bijan dan apabila digigit, terasa inti manis yang meletup di dalam.
Seperti perkongsian daripada Nur Allyssia di Facebook, beliau buat resepi Kuih Bom manis dengan dua inti iaitu kacang merah dan kelapa. Jom kita cuba!
Baca juga: Kuih Kaswi Gedik Sukatan Cawan, Hasil Lembut Kenyal & Wangi Gula Merah!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, rebus kentang hingga empuk, kemudian blend dengan ½ cawan air.
2. Kemudian, campurkan semua bahan dan tuang kentang kisar, uli sampai sebati.
3. Selepas itu, masukkan inti pilihan seperti kacang merah dan kelapa parut.
4. Seterusnya, salut dengan bijan dan bulatkan semula supaya bijan melekat cantik.
5. Kemudian, rehatkan doh 30 minit hingga 1 jam (boleh juga simpan dalam chiller).
6. Bagi mengelakkan kuih meletup masa goreng, masukkan semasa minyak belum terlalu panas dan gunakan api kecil.
7. Akhir sekali, goreng sampai kekuningan keemasan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!
Rahsia untuk buat Kuih Bom supaya rangupnya tahan lama adalah goreng sebanyak dua kali. Hasilnya, kuih akan jadi lebih rangup dan puas dimakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Allyssia
Baca juga: Resipi Kuih Cara Manis Guna 2 Cawan Tepung, Lembut & Manis Berlemak
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…