Kuih bakar pandan ini memang ramai suka makan, tapi tidak sesuai buat mereka yang alahan dengan telur. Setiap kali mengidam, hanya mampu telan air liur.
Jangan risau, ini dia resipi kuih bakar pandan tanpa telur khas buat anda yang alahan telur. Walaupun tanpa satu bahan ini, rasa kuih tetap sedap seperti biasa.
Kuih ini juga lebih lazat jika kerak tepinya lebih tebal. Bahagian ini memang selalu orang berebut. Lagi tebal lagi sedap!
Jika ada yang mahu membuat kuih bakar tanpa telur ini, boleh guna resipi yang telah dikongsikan oleh Nuraishah Binti Ibrahim di bawah.
Baca juga: Petua Elak Kuih Keria Lembik & Gula Cair, Kena Ikut Cara Ini
RESEPI KUIH BAKAR PANDAN TANPA TELUR
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan gula
- 2 cawan santan
- 3/2 cawan air daun pandan
- Secubit garam
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan dan gaul sehingga semua bahan bercampir rata.
- Kemudian, tapis adunan bagi memastikan tiada bahan yang berketukl.
- Sebelum dibakar, sapukan loyang dengan margarin secukupnya.
- Selepas itu, baru memasukkan adunan ke loyang.
- Bakar dalam oven hingga anda berpuas hati dengan kerak kuih ini.
- Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nuraishah Binti Ibrahim
Baca juga: Cara Buat Kuih Bahulu Legend Yang Gebu & Ringan, Resipi Turun-Temurun 4 Generasi!